Murid terkejut jumpa guru berpakaian lusuh di stesen keretapi jadi gelandangan, rupanya ini kisah sebenarnya

Oleh GEMILANGDAILY

Murid terkejut jumpa guru berpakaian lusuh di stesen keretapi jadi gelandangan, rupanya ini kisah sebenarnya. Seorang Wanita Terkejut Apabila Menemui Bekas Gurunya Berpakaian Lusuh Merempat Di Stesen Keretapi Jadi Gelandangan.

Suatu ketika dahulu, dia merupakan seorang guru yang begitu dihormati masyarakat, namun wanita itu kini hanya mampu merempat tak berumah bak seorang gelandangan terbiar.

Begitulah realiti yang dihadapi seorang bekas guru di wilayah Kerala, Selatan India apabila beliau telah ditinggalkan oleh suami dan anaknya kira-kira enam tahun lalu sebelum ditemui.

Menurut seorang kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai Vidya, dia menemui guru berkenaan merempat di stesen kereta api Thampanoor pada 5 November lalu ketika sedang menunggu seorang rakan.

Murid terkejut jumpa guru berpakaian lusuh di stesen keretapi jadi gelandangan, rupanya ini kisah sebenarnya

“Ketika di stesen berkenaan, saya terpandang seorang wanita tua berpakaian kotor dan lusuh sedang memegang beg plastik, lantas saya terfikir untuk mengekorinya.

“Wanita tua itu juga dilihat memetik buah-buah dari pokok berhampiran lalu memakannya,” katanya memetik portal berita Timeofindia.nangtime.com – Wanita Terkejut Menemui Bekas Guru Berpakaian Lusuh Merempat Di Stesen Keretapi Jadi Gelandangan

Vidya kemudian bertanya sama ada wanita tua itu lapar, biarpun pertanyaannya tidak dijawab, dia cuba memujuk dengan membelikannya makanan untuk mengajaknya berbual.

Daripada perbualannya, firasatnya kuat merasakan wanita itu seorang yang berpendidikan tinggi dan setelah mengajukan beberapa soalan, dia mendapati wanita itu merupakan seorang bekas guru Matem4tik.

Vidya kemudian berkongsi kisah menerusi di laman Facebook dan turut menyertakan nama sekolah tempat wanita itu pernah berkhidmat iaitu Sekolah Malapurram.

Dalam masa singkat ramai bekas murid mula mengecam guru mereka yang dipanggil Teacher Valsa dan pernah mengajar mereka subjek Matematik.

Sementara itu, laporan p0lis dibuat bagi kes pengabaian keluarga dan pihak p0lis akhirnya berjaya mengesan adik perempuan Valsa, namun kini masih mencari suami dan anak lelakinya.

Meskipun sikap prihatin bekas anak muridnya patut dipuji namun realiti bekas guru yang sudah tua ini tergamak diabaikan keluarganya amat menyayat hati.

Seorang guru amat besar jasanya dalam membentuk peribadi ramai manusia, namun patutkah dia diabaikan tanpa belas dan kasihan sebegini rupa oleh darah dagingnya sendiri.

Jasa guru mesti dikenang kerana tanpa mereka tak mungkin kita pandai membaca dan menjadi manusia berguna.

Namun pada masa sama, jangan sesekali lupa tanggung jawab pada ibu bapa dan pasangan kerana setinggi mana pun pendidikan tiada gunanya kalau tak ada sahsiah diri.

BACA JUGA :

Jangan sampai LHDN mesej tanya khabar, ini jumlah pendapatan yang dah kena bayar cukai ramai tak tahu

Hina mangsa tragedi MH370, pelawak komedi Singapura dilucut kerakyatan?

Air ketuban pecah tengah malam, Doktor boleh pula pergi tidur dulu sekali malang menimpa ibu dan bayi