Netizen nyata terkejut dengan langkah yang diambil oleh salah satu rangkaian pasar raya ternama dalam negara
iaitu Mydin dimana mereka menjual burger dengan harga serendah RM0.67.
Menurut perkongsian salah seorang pengguna laman X, beliau telah mencuba burger yang dijual oleh Mydin
dan mahu melihat bagaimana kualiti serta cara sajian yang dilakukan memandangkan harga jualan yang tidak masuk akal.
Meskipun dijual dengan harga murah, burger tersebut nyata cukup sifat dimana terdapat roti, ayam, mayonis, sos dan juga dua jenis sayuran iaitu kubis dan lobak merah.
Netizen nyata menyambut baik inisiatif yang diambil oleh Mydin dimana mereka menjual makanan dengan harga murah ketika situasi ekonomi yang tidak menentu dan harga barangan keperluan semakin hari semakin meningkat.
Burger 67 sen dekat Mydin. Menangis owner bisnes burger stadium kalau tengok ni 😭 pic.twitter.com/TwzmOz0EqV
— amighul deghaman (@ricxxxkiddo) August 27, 2024
Ada juga netizen yang membandingkan burger Mydin dengan burger yang selalu dijual di dalam stadium ketika perlawanan bola sepak terutamanya yang melibatkan pasukan kebangsaan.
Untuk kualiti yang sama ataupun kurang, burger yang dijual di dalam stadium ketika perlawanan bola sepak jauh lebih mahal dimana ada peniaga yang menjual burger dengan harga bermula RM5.
Malah, seorang gadis di Terengganu berkongsi pengalamannya membeli burger di dalam stadium yang mana penjual cuma meletakkan burger ayam belah dua di antara roti burger, bukan sekeping burger seperti dijual di gerai tepi jalan.
BACA: Penyanyi nasyid ‘Sepohon kayu’ bergelar Datuk, rupanya ini sumbangannya kepada negara