Nabil nekad tak bagi isteri berkawan dengan Ex-Girlfriendnya dahulu

Nabil nekad tak bagi isteri berkawan dengan Ex Girlfriendnya dahulu

Nabil nekad tak bagi isteri berkawan dengan Ex-Girlfriendnya dahulu. Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad memberitahu bahawa dia tidak membenarkan isterinya, Nazirah Ayub untuk berkawan baik dengan bekas kekasihnya.

Kata pengacara program nyanyian Gegar Vaganza ini, perbuatan itu juga sebenarnya tidak baik bagi hubungan suami isteri di masa akan datang.

Jelasnya lagi, setiap manusia mempunyai masa lampau dan selalu membuat kesilapan.

Aku kalau boleh yang dah lepas tu lepas lah. Aku pun rasa isteri tak perlu tahu masa lampau aku begitu juga aku. Sebab kita manusia kita akan buat silap.

Contohnya, aku bawa isteri lepak dengan bekas kekasih tiba-tiba dia bercerita benda lama pernah buat dengan dia yang isteri sendiri tak tahu. Bukan ke ia akan merosakkan hubungan tu?

Nabil nekad tak bagi isteri berkawan dengan Ex Girlfriendnya dahulu

Nabil juga mempersoalkan keperluan untuk melakukan hal seperti itu dan ia seolah-olah boleh ‘menjahanamkan’ diri sendiri.

Perkara tersebut diluahkan Nabil ketika slot 3 Pagi Era bersama penyampai yang lain iaitu Pak Azad dan Radin.


BACA:

Baru ditayang, Brunei dah haramkan filem Talbis Iblis

Semua jenis ubat sirap dan cecair diharamkan Indonesia selepas ada kes kematian

Lelaki kantoi main judi dalam masjid masa tengah majlis ilmu

CATEGORIES