Nabila Razali nak cari kereta Landrover Defender, harga berjuta tu

Nabila Razali nak cari kereta Landrover Defender harga berjuta tu

Nabila Razali nak cari kereta Landrover Defender, harga berjuta tu. Sebut sahaja nama penyanyi, Nabila Razali pasti orang kenal dengan nyanyian sumbangnya tetapi dia tidak pernah peduli dengan kecaman itu. Malah, membuat ‘comeback’ untuk musik videonya.

Baru-baru ini, penyanyi dan juga pelakon itu mencari model kereta Landrover Defender untuk disewa bagi musik videonya yang akan datang. Dia memuat naik foto model kereta berwarna hitam itu di laman Facebook, Malaysia Land Rover Community (MLRC).

Dalam pada itu, penyanyi berusia 30 tahun itu turut meletakkan butiran mengenai tarikh, masa dan lokasi penggambaran musik video pada hujung bulan Disember nanti.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh dengan kenyataan Nabila dan mempromosikan atau ‘flex’ gambar sahaja yang mereka ada tetapi tidak mempunyai kereta tersebut.

Nabila Razali nak cari kereta Landrover Defender harga berjuta tu

Sementara itu, Nabila juga berkata, jika sesiapa yang berminat untuk menyewa kereta kepadanya, tinggalkan nombor telefon untuk dihubungi.

BACA:

Elfira Loy bimbang lagu Wednesday boleh sesatkan anak muda

Petua rebus telur guna rice cooker tanpa guna air, “cantik jadinya”

Pemimpin tarekat Tarekat al-Naqsyabandiah ditangkap bersembunyi di Gombak

CATEGORIES