Najib berpusing-pusing nak kaitkan anak Tun M dengan kontrak kerajaan

Najib berpusing-pusing nak kaitkan anak Tun M dengan kontrak kerajaan

Mula-mula Najib Razak menulis mengenai anak-anak Tun M dan syarikat seperti KPB, Kencana, Pantai dan Opcom.

Selepas ditunjukkan bahawa anak-anak Tun M tak dapat kontrak kerajaan semasa Tun M jadi PM, dia pusing ke Philleo Allied bank. Tapi masih lagi dia gagal tunjukkan anak Tun M dapat kontrak kerajaan.

Lepas tu sebentar tadi, dia pusing pula ke syarikat Artwright.

Untuk makluman Najib, pegangan Mirzan dalam Artwright adalah secara indirect. Mirzan tak memiliki secara direct dan tiada saham secara direct. Mirzan juga bukanlah pemegang saham utama.

Kemudian, Najib nak tunjuk Artwright dapat kontrak kerajaan. Dia tulis ada bukti merata-rata, tapi dia tak tunjukkan pun bukti tu. Dia hanya petik berita The Star dan mengambil ayat wartawan dan jadikannya bukti. Wahai Najib Razak, kenyataan yang kamu petik tu adalah dari wartawan dan bukannya dari Artwright.

Artwright memang menjadi pembekal peralatan perabot pejabat dan mempunyai pelanggan di banyak pejabat yang sebahagian besarnya adalah dari luar negara. Ingat ye Najib, pegangan Mirzan dalam Artwright adalah secara indirect.

Cuba lagi ye, Najib.

Sumber: