Najib gagal lagi di mahkamah, Sg Buloh memanggil-manggil

Najib gagal lagi di mahkamah, Sg Buloh memanggil-manggil

Najib Razak gagal dalam cubaannya untuk melucutkan Gopal Sri Ram sebagai pendakwa raya utama dalam prosiding kes jenayah bekas perdana menteri itu yang berkaitan dengan penyelewengan dana 1MDB.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakimannya semasa prosiding petang ini.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan hari ini untuk membuat keputusan berhubung permohonan yang menamakan bekas hakim mahkamah persekutuan Sri Ram, peguam negara dan kerajaan sebagai responden.

Sri Ram adalah timbalan pendakwa raya utama bagi kes rasuah 1MDB berjumlah RM2.28 bilion dan kes pindaan laporan audit 1MDB.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/540476?