Najib putar belit fakta, PH tak pernah naikkan tarif elektrik domestik

Najib putar belit fakta, PH tak pernah naikkan tarif elektrik domestik

Saya terbaca tulisan putarbelit Najib Razak yang terbaru apabila dia cuba nak menjawab tulisan Yeo Bee Yin. Tulisan Najib boleh dibaca disini:

Rupanya, Najib masih terus dengan amalan putarbelit nya untuk menipu segelintir pembaca.

Najib kata duit dalam KWIE ini datangnya dari harga tarif Elektrik yang tinggi. Kononnya kamu kata PH tak pernah turunkan harga.

Najib petik tulisan dia yang lepas yang kononnya nak tunjuk BN turunkan harga tarif. Tapi dia tak bagitau bahawa penurunan tarif Elektrik itu hanya berlaku daripada 1 Mac 2015 – 30 Jun 2015. Iaitu 4 bulan sahaja. Penurunan ini juga adalah hanya kepada mereka yang menggunakan lebih dari 300kw/j.

Najib tak bagitau pula bahawa sebelum itu pada 1 Jan 2014, dia naikkan harga tarif Elektrik. Dia lupa nak bagitau bahawa dia naikkan tarif Elektrik pada 1 Jan 2014 dari 33.54 sen/kwj kepada 38.63 sen/kwj.

Kemudian untuk 1 Mac – 30 Jun 2015, dia turunkan 2.25 sen/kwj bagi mereka yang menggunakan lebih dari 300kw/j sebulan. Dengan kata lain bagi mereka yang kurang guna Elektrik, takde sebarang penurunan pun.

Selepas 30 Jun 2015, harga tarif kembali kepada asal. Tiada lagi penurunan 2.25 sen kw/j ini.

Lepas tu, nak terus menghasut, dia tulis pula bahawa Kerajaan PH mengenakan cukai tambahan 3.98 Billion kepada TNB. Nak bagi dramatic sikit, dia tulis Kerajaan merompak 3.98B.

Tetapi dia lupa bahawa pada 2015, dia juga mengenakan cukai tambahan kepada TNB sebanyak 2.07B. Kenapa Najib tak bagitau? Hehehe… buat-buat lupa ke?

Ceritanya, Pada tahun 2015, Najib kenakan cukai tambahan sebanyak 2.07B kepada TNB untuk taksiran 2013 dan 2014.

Pada tahun 2019, kerajaan PH mengenakan cukai tambahan sebanyak 3.98B untuk taksiran 2015, 2016 dan 2017 iaitu 1.43B untuk 2015, 1.25B untuk 2016 dan 1.3B untuk 2017.

Najib tak bagitau bahawa cukai tambahan ini adalah perkara yang lazim yang berlaku juga pada zaman BN. Dan untuk kedua-dua cukai tambahan yang dikenakan ini (2017 dan 2019), TNB telah pum merayu kepada LHDN.

Nampaknya Najib masih suka putarbelit? Susah ke kalau nak berkata benar?

Kesimpulan:

Tariff Elektrik domestic tak pernah dinaikkan oleh kerajaan PH. Saya cabar Najib buktikan tarif Elektrik domestic dinaikkan oleh PH. Yang pernah menaikkan tarif domestic adalah Najib Razak. Dan itulah kali terakhir tarif domestic dinaikkan dan PH ikut tarif yang sama sehingga sekarang.

Cukai tambahan yang dikenakan oleh LHDN pada 2019 adalah perkara yang lazim dan berlaku juga pada zaman Najib iaitu pada 2017. Adakah masa itu kamu merompak TNB?

Sumber :