Najib Razak dikejarkan ke Hospital, rupanya ini yang terjadi di penjara

Oleh NADIA HARON

Bekas perdana menteri Najib Razak kini menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dilaporkan dijangkiti Covid-19.

Menurut laporan Astro Awani, pegawai khas Najib, Muhamad Mukhlis Maghribi berkata Najib mengadu demam pada Selasa lalu sebelum dirujuk ke HKL.

Katanya, pemeriksaan doktor pakar mendapati Najib positif Covid-19.

Najib Razak dikejarkan ke Hospital, rupanya ini yang terjadi di penjara

Mukhlis berkata, Najib berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani kuarantin dan rawatan hospital itu.

Tambahnya, keluarga Najib mengucapkan terima kasih kepada pihak Penjara Kajang dan HKL di atas tindakan pantas memberi rawatan terhadap beliau.

Najib mula menjalani hukuman penjara 12 tahun pada 23 Ogos tahun lalu, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitannya atas penyalahgunaan lebih RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd.

Sejak itu, Najib beberapa kali dilaporkan dirawat di hospital akibat beberapa masalah kesihatan.

BACA: “Isteri hari-hari minta makan mahal, hujung bulan duit aku tinggal RM200, bila aku nak pinjam, dia perli sambil baling duit RM100”