Najis manusia dalam train, penumpang desak Rapid KL bertegas

Najis manusia dalam train penumpang desak Rapid KL bertegas

Najis manusia dalam train, penumpang desak Rapid KL bertegas. Malaysia sudah menyambut kemerdekaan selama 65 tahun, namun masih ada manusia pengotor dan tidak bertanggungjawab dengan membuang najis di dalam tren hingga mengundang rasa tidak selesa dalam kalangan penumpang.

Kejadian kali kedua itu berlaku di dalam salah satu tren milik Rapid KL dan rata-rata orang ramai mendesak agar mereka mengambil tindakan ke atas penumpang berkenaan.

Rapid KL berkata, penumpang adalah dinasihatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan ketika berada di dalam pengangkutan awam.

“Para penumpang yang dihormati, kami ingin memohon kerjasama agar menjaga kebersihan diri serta kawasan sekeliling ketika di dalam bas mahupun tren, demi keselesaan bersama.

“Kerjasama serta perhatian semua adalah amat kami hargai,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Najis manusia dalam train penumpang desak Rapid KL bertegas

Rata-rata penumpang marah dengan tindakan tersebut dan mengecam kelakuan yang langsung tidak bertamadun itu.

“Saya cadangkan lihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) supaya dapat tangkap si pelaku,” kata salah seorang pelayar.

“Nampak sangat penumpang-penumpang tak berotak, menyusahkan orang lain dan pengurusan,” seloroh seorang lagi pengguna.

BACA:

PDRM tahan selebriti terkenal buat amang seksual pada remaja bawah umur

Peminat dedah pramugari ini kekasih Sharnaaz Ahmad

OPR naik lagi, orang ramai mula bimbang ‘makanan atas meja’

CATEGORIES