Nak jadi Menteri ke nak jadi model?, netizen sound Rina

Nak jadi Menteri ke nak jadi model?, netizen sound Rina

Saban hari semakin terserlah perangai jelik menteri kerajaan Perikatan Nasional. Terbaru, netizen meluahkan perasaan marah dan meluat akan sikap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun.

Belumpun puas rakyat membicarakan kejayaan beliau melakukan transformasi tubuhnya yang kelihatan lebih kurus dan menawan tatkala pelbagai pihak sibuk menguruskan bantuan banjir besar baru-baru ini, rakyat digemparkan sekali lagi setelah tularnya beberapa keping gambar yang menunjukkan beliau yang sedang memperagakan beberapa pasang pakaian rekaan pereka terkenal tempatan.

Apa yg lebih dikesalkan, sesi peragaan itu dilakukan dipejabat kementeriannya sendiri, tempat yang sepatutnya digunakan untuk membincangkan langkah memperkasa peranan wanita dan keluarga era pandemik Covid-19 ini.

Isu tersebut turut disentuh oleh A. Kadir Jasin dalam posting facebooknya secara sinis menyindir negara lebih memerlulan seorang menteri yang berperanan, bukannya seorang ratu cantik.

Persoalan yamg terus bermain difikiran rakyat terbanyak, sampai bila menteri kerajaan Perikatan Nasional ini mahu menghabiskan masa berbulan madu sehinggakan rakyat semakin terabai tanpa mendapat pembelaan yang sepatutnya.

Sumber : https://negaramerdeka.com/panas-salahguna-pejabat-untuk-sesi-photoshoot-netizen-sarankan-rina-harun-jadi-model-sepenuh-masa/