Anak kepada pelawak Achey, Tiara, sekali lagi mencuri perhatian netizen dengan permintaannya yang agak luar biasa.
Tertarik Dengan Talita
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Tiara atau nama penuhnya Nur Tiara Zinnirah,
Menunjukkan minatnya untuk mengikuti jejak langkah Talita, anak kepada pelawak Shuib, yang baru-baru ini tular dengan bakat menyanyinya
Dalam video itu, Tiara dengan penuh semangat mendekati Achey untuk menyatakan hasratnya.
“Papa, Tiara nak jadi macam Dekta. Nak nyanyi dekat Lotus,” katanya dengan ceria.
Reaksi Achey, yang lebih dikenali sebagai Mohd Nasir Hamzah, jelas kelihatan terkejut, tetapi dia tidak dapat menahan ketawa dan terhibur dengan permintaan unik anaknya itu.
Netizen Terhibur
Tidak lama selepas itu, ruangan komen di Instagram dipenuhi dengan gelak tawa netizen. Ramai yang terhibur dengan gelagat Tiara yang dengan spontan menyanyikan lagu sekolah apabila diminta.
Selain itu, para warganet juga tidak lupa untuk mendoakan Tiara agar membesar menjadi seorang yang berguna dan solehah, memberi sokongan penuh terhadap impian kecilnya.
Kerenah Tiara yang lucu ini nyata mencuit hati ramai dan menambah keceriaan di media sosial!
BACA: Malu masyarakat Melayu dengan menyokong perasuah – Mukhriz