“Nak suruh Syakila bunuh diri dulu ke baru nak maafkan?”, Wanita ugut bunuh diri kalau tak jadi isteri kedua Aiman Tino.
Ibu kepada penyanyi Aiman Tino iaitu Hazelina Mat Jalil mendedahkan dia terpaksa membuat laporan polis
selepas menerima ugutan bunuh diri daripada seorang peminat fanatik anaknya yang dipercayai berasal dari Kelantan.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Hazelina di laman Instagramnya, dia telah menunjukkan beberapa tangkap layar perbualan bersama wanita tersebut yang tanpa henti menganggu keluarganya.
“Sesiapa boleh cari budak ni tak,tolong nasihat kan Dio,dh melampu sangat ni,saya boleh buat report polis tp masih berfikir panjang lagi,bukan disini sahaja dia mesej bukan-bukan, Farah Hazel juga diganggu walau block berapa kali pun dia tetap buat akaun baru
“Saya dah banyak sabar sebenarnya sebelum ini dia ingin bertemu dengan Aiman saya dan suami sudah atur dan temukan, siap minta nombor telefon.
“Lepas dapat nombor telefon habis dikongsi kepada yang lain..haruskah saya berlembut lagi? Kalau dia mati nanti Aiman pulak disalahkan,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Bukan itu sahaja, menurut laporan mStar, wanita yang dikenali sebagai Syakila itu mahu bertindak di luar jangkaan jika Aiman tidak menjadikannya sebagai isteri kedua telah merisaukan Hazelina.
Susulan itu, Hazelina telah mengambil tindakan undang-undang dengan membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Kubu Bharu, Selangor pada Rabu demi keselamatan anaknya.
“Wanita itu ugut nak bunuh diri sekiranya Aiman tidak mahu menjadikan dia sebagai isteri kedua.
“Jadi sebab itu kami nak buat report polis. Tak mahu Aiman terbabit jika berlaku sebarang perkara tidak diingini berlaku terhadap wanita tersebut,” katanya lagi.
Sekadar info, Aiman Tino telah selamat diijab kabulkan bersama, Che Syarah Haifa Che Isa pada 27 April lalu dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di ibu kota.
BACA: