Nak transfer duit ke akaun tabung haji, tapi risau kena caj ‘singgit’? Ikut je cara ni

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Biasanya, jika membuat transaksi ke akaun Tabung Haji daripada akaun bank, anda akan dikenakan caj sebanyak RM1.00 untuk setiap transaksi

. Bagi mengelakkan caj RM1.00 ini, anda boleh cuba membuat bayaran menggunakan JomPAY atau aplikasi THiJARI.

Tidak tahu bagaimana? Ikuti langkah mudah di bawah!

Sebelum ini, jika menggunakan perbankan dalam talian untuk pindahan ke akaun Tabung Haji, terdapat caj RM1 bagi setiap transaksi.

Saya sendiri mempunyai akaun, akaun isteri dan akaun 5 anak, jadi setiap kali membuat pindahan, tanpa sedar saya membayar RM7.

Nak transfer duit ke akaun tabung haji, tapi risau kena caj 'singgit'? Ikut je cara ni

Walaupun jumlah RM7 itu tidak terlalu besar, jika ada cara untuk membuat pindahan dalam talian secara percuma, mengapa perlu membayar?

Petang ini, saya menghubungi Tabung Haji di 0362071919 dan memaklumkan kepada staf bahawa saya cuba menggunakan kaedah JomPAY. Berikut adalah langkahnya:

1.Log masuk ke perbankan internet anda.

2.Pilih JomPAY.

3.Isi maklumat transaksi:

-Biller Code: 60228

-Biller Code Name: “Tabung Haji-Deposit”

-Ref-1: Nombor Akaun TH (15 digit)

-Ref-2: (Kosongkan)

-Amaun (RM): (Masukkan jumlah)

4.Teruskan hingga transaksi selesai.

Hanya akaun TH yang aktif akan dikreditkan, jika tidak, wang akan dikembalikan. Duit akan masuk ke akaun Tabung Haji dalam tempoh beberapa jam, dan menurut staf Tabung Haji, lebih kurang satu hari bekerja.

Proses ini percuma dan tidak ada caj tambahan, walaupun kadangkala baki mungkin lambat dikemas kini.

Selain menggunakan JomPAY, anda juga boleh menggunakan aplikasi THiJARI kerana tiada caj dikenakan dan duit terus masuk tanpa perlu menunggu.

Langkah-langkah menggunakan aplikasi THiJARI:

1.Log masuk ke aplikasi THiJARI. Jika belum mempunyai akaun, sila daftar terlebih dahulu.

2.Pilih ‘Menu’ > ‘Fund Transfer’ atau ‘Pindahan’.

3.Pilih ‘Transfer Bank to TH Account’ dan pilih akaun yang ingin anda depositkan duit.

– Akaun saya sendiri dan akaun anak-anak turut disenaraikan di sini.

4.Masukkan butiran seperti jumlah dan sebagainya. Pilih bank pilihan anda, dan anda akan dibawa ke laman perbankan dalam talian bank tersebut.

5.Teruskan transaksi hingga menerima notifikasi ‘Transfer Successful’. Selesai.

Duit akan terus dikreditkan ke akaun Tabung Haji anda secara automatik.

Anda boleh terus memeriksa akaun Tabung Haji dan melihat pertambahan simpanan tanpa sebarang caj tambahan atau caj tersembunyi.

Alhamdulillah, kaedah ini sangat bermanfaat. Semoga perkongsian ini membantu!

BACA: Pelawa Dewi isi kekosongan kerja, hanya perlu hantar resume, “Caprice minta disondol?”