Naluri ibu tak pernah salah, hasil ujian DNA buktikan anak tertukar dengan anak orang lain

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Pasangan Muhammad Rauf dan Feni Selviyanti akhirnya mendapat kepastian selepas proses ujian DNA yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Sebelumnya, mereka mempunyai firasat kuat bahawa bayi sulung yang dikebumikan pada September lalu mungkin tertukar dengan anak orang lain,

Berikutan perbezaan ketara antara wajah bayi yang dikebumikan dengan gambar sejurus selepas kelahiran.

Prosedur penggalian kubur telah dilaksanakan pada minggu lalu setelah mendapat persetujuan daripada pasangan tersebut.

Pihak forensik menjalankan ujian DNA untuk memastikan status bayi yang telah dikebumikan itu.

Naluri ibu tak pernah salah, hasil ujian DNA buktikan anak tertukar dengan anak orang lain

Keputusan yang dinantikan akhirnya diumumkan secara rasmi oleh pihak polis, yang mengesahkan bayi tersebut adalah anak kandung kepada Rauf dan Feni.

Rauf sebelum ini mendakwa pihak pusat rawatan tidak memberikan akses kepadanya untuk melihat rakaman CCTV, yang menjadi salah satu faktor kekeliruan.

Isu ini mula dibangkitkan setelah dia mendapati beberapa perkara yang dianggap pelik, antaranya ialah isterinya tidak diberikan gelang identiti selepas kelahiran bayi.

Kos ujian DNA telah ditanggung sepenuhnya oleh pihak pusat rawatan berikutan pertemuan yang berlaku selepas isu ini tular di media sosial.

Sebelum itu, Rauf berulang kali berusaha untuk mendapatkan penjelasan namun tidak memperoleh hasil.

Hanya selepas mendapat perhatian umum, pihak pusat rawatan bersetuju membiayai ujian DNA bagi mengesahkan status bayi tersebut.

BACA: Penyokong kerap check in gua punca old trafford jadi sarang tikus?