Siapa yang tak kenal dengan minuman yang satu ini, ‘MILO’, ia sentiasa menjadi salah satu minuman kegemaran di negara ini.
Seperti yang diketahui, minuman ini sangat sesuai untuk dihidangkan sewaktu sarapan pagi selain air kopi dan teh.
Air berperisa coklat ini sentiasa menjadi minuman kegemaran kanak-kanak bahkan orang dewasa sekalipun kerana kadangkala ia menggamit kembali memori mereka ketika kecil dahulu.
Tahukah anda, MILO juga sebenarnya terdapat di beberapa negara lain termasuklah di negara jiran kita, Indonesia?
Namun yang menjadi persoalan, adakah minuman ini sama di kedua-dua negara ataupun mempunyai perbezaan.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti penjelasan seorang lelaki dari Indonesia mengenai minuman legend ini.
Beza MILO Malaysia Dan Indonesia
Berdasarkan video yang dimuat naik oleh Kesatria Biji Hitam di TikTok mendedahkan perbezaan minuman berperisa coklat itu dari segi rupa dan rasa.
Menurutnya, dia selalu mendengar buah mulut orang bahawa air MILO di kedua-dua negara itu adalah berbeza.
Berikutan itu, dia mengambil keputusan untuk mengetahui sendiri rasa air ini.
BACA JUGA: Apa Beza Antara Bata Merah Dan Bata Putih? Mana Lebih Baik? Abang Tukang Ni Jelaskan
Maklum pemilik video itu, dia telah membeli MILO dari negaranya di sebuah kedai terdekat. Manakala MILO dari Malaysia diperolehi daripada rakannya.
“Saya terus beli MILO sachet (Indonesia) sebanyak 22 gram di kedai berhampiran. Manakala ini pula, MILO dari Malaysia 200 gram.
“Kedua-dua MILO ini adalah jenis yang sama dan bukan jenis 3 dalam 1,” katanya.
Uji Kaji MILO
@dongudel Milo Malaysi VS Milo Indonesia kok bisa beda ya? dulu perasaan waktu SD Milo nya enak sama kaya Milo yg dari Malaysia hhmm. konspirasi nih #milomalaysia #miloindonesia #milomalaysiavsmiloindonesia #cobacobainminuman ♬ original sound – KESATRIA BIJI HITAM
Bagi membuat perbandingan, dia telah memasukkan MILO dari Indonesia (22g) ke dalam satu gelas. Langkah yang sama dilakukan terhadap MILO dari Malaysia dengan menggunakan penimbang elektronik.
Warna Yang Berbeza
Setelah selesai, dia mendapati terdapat perbezaan yang jelas selepas melihat kedua-dua serbuk MILO itu sebelum memasukkan air panas dengan kuatiti yang sama.
“Memang betul, dari segi luaran juga sudah ada perbezaan. MILO yang Malaysia lebih gelap dan yang Indonesia lebih cerah,” jelasnya.
Gambar: TikTok Kesatria Biji Hitam
Perbandingan rasa
Menurut pandangan peribadinya, MILO dari Indonesia lebih ke arah berkrim (creamy) dan lebih manis. Yang paling ketara adalah rasa coklatnya yang tidak terlalu kuat.
Sementara itu, MILO dari Malaysia pula lebih terasa coklatnya dan lebih segar diminum bersama ais.
Tambahnya, dia juga berkata lebih menyukai minuman berperisa coklat dari Malaysia itu.