Nampak macam tak bahaya, hati-hati dengan ulat ini buat mereka yang ada anak kecil

Oleh GEMILANGDAILY

Nampak macam tak bahaya, hati-hati dengan ulat ini buat mereka yang ada anak kecil.

Budak-budak yang masih kecil mempunyai kecendrungan untuk memegang apa-apa sahaja yang menarik minat mereka tanpa tahu sama ada ianya boleh dipegang, berbahaya atau tidak.

Ada juga hidupan yang kita tak kisah dan tak takut untuk pegang tapi kadangkala boleh membahayakan seperti yang terjadi kepada bayi berusia 12 bulan ini

Nampak macam tak bahaya, hati-hati dengan ulat ini buat mereka yang ada anak kecil

Perkara ini terjadi kepada seorang bayi yang berusia 12 bulan, Lucas yang telah mengutip seekor ulat gonggok dan menggigitnya.

“Dia tiba-tiba menangis dan meraung malah bibirnya mula membengkak. Lucas segera dibawa ke bilik kecemasan di hospital,” kata ibu saudaranya, Stephanie.

Menerusi posting tersebut, dia memuat naik gambar Lucas apabila bibirnya membengkak. Bayi kecil itu dalam keadaan sengsara dan bibirnya kelihatan sangat menyakitkan setelah menderita apabila menggigit ulat itu.

“Saya tidak tahu bahawa perkara ini akan terjadi kerana Lucas pernah menyentuh dengan ulat berkenaan sebelum ini. Kisah ini adalah untuk memberi pengajaran kepada ibu bapa,” kata Stephanie.

Australia mempunyai 2,000 spesies ulat gonggok dan kebanyakannya tidak berbahaya namun ia akan mengeluarkan bau toksik yang busuk apabila berasa terancam.

“Lucas telah dibenarkan pulang ke rumah dan dijaga oleh ibunya. Posting tersebut telah mendapat kebenaran daripada ibunya dan dapat menyedarkan tentang bahayanya ulat gonggok,” ujar Stephanie.

Ulat Gonggok
Mohon hati-hati khususnya mereka yang ada anak kecil di rumah ya!

Memandangkan ulat ni banyak di malaysia especially waktu hujan atau banjir, (Di Malaysia orang panggil ulat gonggok). Nama dia millipede. Ulat ni tidak beracun tapi dia boleh mengeluarkan toxin yang menyebabkan reaksi allergi yang teruk pada sesetengah orang.

BACA:

“Penat aku kerja, gaji kena potong dengan Foodpanda RM300 pula!”, sekali ada individu dedah cerita sebenar

Adik Neelofa pakai krim RM1,000 hanya untuk sapu punggung sekali lain pula netizen perasan