Tayar merupakan komponen terpenting dalam sesebuah kereta. Tanpa tayar, kereta tidak dapat bergerak dan tidak dapat melaksanakan fungsi utama.
Walaubagaimanapun, tidak semua orang peka terhadap keadaan tayar mereka dan corak bunga yang terdapat pada tayar.
Untuk pengetahuan umum, terdapat tiga jenis corak bunga tayar yang sesuai untuk penggunaan di atas jalan raya.
Corak Simetri
Corak bunga tayar ini adalah yang paling umum dijumpai pada kenderaan di jalan raya. Ia dinamakan corak simetri kerana mempunyai dua bahagian bunga yang identik pada bahagian kanan dan kiri tayar.
Corak ini memberikan kelancaran pemanduan, kestabilan arah yang tinggi, dan cengkaman yang baik ke atas jalan.
Bunyi pusingan tayar juga dikatakan paling minim berbanding dengan jenis corak lain. Corak simetri banyak digunakan pada kenderaan komersial.
Corak Satu Arah
Tayar dengan corak bunga satu arah biasanya berbentuk anak panah atau V. Ciri utama corak ini adalah untuk bergerak dalam satu arah sahaja.
Terdapat tanda pada sisi tayar yang menunjukkan arah putaran yang sepatutnya. Reka bentuk ini membantu mencegah hydroplaning pada permukaan jalan basah.
Aliran air diatur untuk mengurangkan risiko kehilangan cengkaman pada jalan basah.
Corak Tidak Simetri
Corak bunga tayar ini mempunyai perbezaan pada bahagian dalam dan luar tayar, memberikan varian khusus untuk bahagian kanan dan kiri kereta.
Posisi tayar tidak boleh ditukar antara bahagian kanan dan kiri.
Reka bentuk tidak simetri boleh dijumpai dalam corak satu arah dan menyediakan prestasi maksimum. B
ahu luar dengan blok bunga besar memberikan cengkaman padu pada permukaan kering, manakala bahu dalam diformulakan untuk cengkaman yang lebih baik pada permukaan basah.
Dalam memilih tayar, penting untuk mempertimbangkan jenis corak yang sesuai dengan keadaan jalan dan cuaca di sesebuah negara.
Kesemua tiga jenis corak tayar ini sesuai untuk penggunaan di jalan raya Malaysia, dengan pemilihan tertakluk kepada preferensi dan keperluan individu.
BACA: Muhyiddin bakal rampas semula kerusi Ketua Pembangkang dari Hamzah Zainudin?