Nasha Aziz dedah pernah lari dari ujibakat, “mereka hanya beri saya seluar..”

Nasha Aziz dedah pernah lari dari ujibakat mereka hanya beri saya seluar

Nasha Aziz dedah pernah lari dari ujibakat, “mereka hanya beri saya seluar..”. PELAKON dan model Nasha Aziz mendedahkan pernah melarikan diri daripada sebuah uji bakat sebagai pelakon sebuah iklan jenama antarabangsa gara-gara perlu memakai bikini.

Nasha atau Noraishah Abdul Aziz, 51, berkata, dia melarikan diri kerana tidak sanggup tampil berbikini yang turut melanggar prinsipnya sebagai seorang model.

May be an image of 1 person and text that says "Nasha Aziz Photo by Noor Baini"

“Ketika itu umur saya baru 19 tahun dan saya dijemput untuk menghadiri satu sesi uji bakat jenama antarabangsa yang popular.

“Saya lihat semua model di situ memakai bikini kerana konsep diberikan adalah tepi pantai. Saya pun berlari keluar dari bilik uji bakat dan memberitahu tidak mahu menjadi model,” katanya kepada mStar.

Nasha Aziz dedah pernah lari dari ujibakat mereka hanya beri saya seluar

Nasha percaya dengan bakat yang dikurniakan kepada dirinya.

Nasha berkongsi antara pengalaman 30 tahun sebagai model ketika menghadiri pertunjukan fesyen Muslimah tempatan, Munawwareen yang berlangsung di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada Khamis.
Pelakon ini turut dipilih menjadi muse kepada jenama Muslimah tersebut.

Bagaimanapun kata Nasha, pegangan kuat terhadap prinsip dan rezeki, dia tetap diberi peluang untuk beraksi tanpa perlu memakai pakaian menclok mata pada ujia bakat itu.

Kata Nasha, pihak klien yang meneliti profilnya tetap berminat untuk mengambilnya sebagai model dan membenarkan dia memakai pakaian lebih sopan untuk menjalani sesi uji bakat.

“Ketika itu saya bernaung di bawah agensi milik Puan Seri Tiara Jacquelina dan dia memberitahu klien sudah melihat profil dan berminat untuk saya menyertai mereka.

“Mereka membenarkan saya memakai kemaja-T dan seluar serta memberi bola dan gelung untuk beraksi.

Ketika beraksi di pertunjukan fesyen Muslimah Munawarren.

“Saya buat uji bakat itu dengan bersahaja dan Alhamdulillah seminggu selepas itu, saya mendapat panggilan diterima membintangi iklan komersial tersebut,” imbaunya.

Sejak daripada itu, Nasha percaya dengan bakat dikurniakan kepada dirinya tanpa perlu melanggar prinsip yang dipegang sepanjang bergelar seorang model.

“Sama juga jika saya dijemput oleh Zhang Toi dan Jimmy Choo di New York atau London, saya meletakkan syarat untuk pakaian yang akan diperagakan.

“Bagi saya, kerana bakat yang ada, mereka percaya dengan kebolehan saya dan mahu saya memperagakan koleksi mereka, jadi mereka setuju dengan segala permintaan saya,”

“Pergi cari gambar saya berbikini, ada tak? Itu yang membuatkan saya masih bertahan dalam dunia model sehingga ke hari ini,” jelasnya.

Sering Terima Jambangan Bunga Di Set Penggambaran, Nasha Aziz Mula Buka Cerita Beritahu Tentang Jejaka Yg Berjaya Cvri Hatinya.

Penerbit terkenal, Fadzil Teh mendedahkan pelakon cantik, Nasha Aziz sering menerima jambangan bunga ketika berada di set penggambaran.

Menerusi perkongsian di TikTok, Fadzil memuat naik video dirinya sedang mengusik aktres tersebut untuk mengetahui gerangan individu yang memberikan bunga kepadanya.

“Nasha, you bercinta dengan siapa ni? Hari-hari orang hantar bunga,” kata Fadzil.

Dalam pada itu, penerbit Zeel Production itu turut menunjukkan jambangan bunga mawar merah bersama mahkota hiasan yang diberikan kepada Nasha.

Menurut Nasha, dia merupakan seorang pelakon setia untuk Zeel Production dan mempunyai peminat.

“I kan pelakon setia Zeel Production, jadi i ada peminat,” kata Nasha.

Fadzil juga turut mempersoalkan sama ada jambangan bunga yang diberikan kepada aktres itu dihantar oleh kerabat diraja.

“Kerabat raja mana ni yang mampu bagi bunga hari-hari? Siap crown lagi. Tua-tua pun laku lagi ke sis?” usiknya.

Menerusi tinjauan di ruangan komen, perkongsian tersebut turut mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya.

Nasha Aziz dedah pernah lari dari ujibakat mereka hanya beri saya seluar

Terima jambangan bunga setiap hari, Nasha Aziz kini sedang bahagia bercinta

SELEPAS tular video menerima jambangan bunga, pelakon dan model Nasha Aziz akhirnya mengakui kini sedang bahagia bersama seseorang.

Enggan mendedahkan identiti jejaka berkenaan, Nasha berkata perkenalannya dengan insan istimewa itu bermula sejak sembilan tahun.

“Mestilah bunga itu dari orang yang menyayangi saya. Kalau orang sayang mesti dia hargai kita dengan pemberian begitu. Itulah tanda cinta!

“Kami baru kenal sembilan bulan. InsyaAllah… dia menepati lelaki idaman saya tetapi kami perlu kenal lebih rapat lagi,” katanya kepada mStar.

Nasha ditemui ketika sidang media pelancaran filem terbaharu lakonannya berjudul Talbis Iblis yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.

Sebelum ini, tular rakaman video dimuat naik oleh penerbit Haji Zil dari Zeel Production memperlihatkan Nasha menerima bunga di sebuah set lokasi penggambaran drama.

Dalam video tersebut, Nasha dilihat malu-malu menjawab soalan Zil adakah dia kini sedang bahagia bercinta.

Sementara itu, bercakap mengenai soal perancangan untuk ke fasa seterusnya, Nasha memohon doa orang ramai dan berharap ada pengakhiran yang baik.

“Itu kewajiban kan. Tapi kenalah dulu (doa) sebab nak tahu rezeki Allah bagi ini akan mendorong kita ke arah mana.

Kalau di set saya selalu fokus untuk dalami karakter, tetapi Khabir akan ada cara sendiri

“InsyaAllah semestinya yang baik-baik,” ujarnya.

Berkongsi mengenai filem Talbis Iblis, Nasha mengakui pengarahmya iaitu Khabir Bhatia memberi cabaran hebat untuk membawakan watak Junaidah.

“Kalau di set saya selalu fokus untuk dalami karakter, tetapi Khabir akan ada cara sendiri.

Nasha (empat dari kanan) bersama barisan pelakon Talbis Iblis.

“Watak ini pula saya terima selepas berbincang dengan penulis skrip, pengarah dan penerbit. Ia adalah watak di mana saya keluar di zon selesa,” jelasnya.

Talbis Iblis akan mula ditayangkan di pawagam pada 20 Oktober depan.

Selain Nasha, pelakon lain yang terlibat adalah Azira Shafinaz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir, Sherie Merlis dan Daniella Sya.

BACA:

Anwar zahirkan penghargaan kepada isteri, “tanpa Azizah di sisi..”

PN hasrat mahu jawatan Speaker Dewan Rakyat

“Dah macam pakai tuala mandi” – Netizen perasan sesuatu di badan Leona

CATEGORIES