Ramai kanak-kanak kini yang mungkin tidak pernah mengalami zaman susah kerana hari ini segalanya telah tersedia.
Pengangkutan sedia ada juga banyak manakala fasiliti di sekolah juga berada di tahap yang membanggakan.
Namun perkongsian sebuah video yang menunjukkan zaman kesusahan
ketika sekolah ini membuatkan ramai menceritakan pengalaman membekas dihati.
Ada pengguna media sosial yang mendakwa dirinya juga pernah melalui pengalaman itu
dimana ayahnya memberikan tong cat sebagai baldi kerana tidak mempunyai wang untuk membeli yang baru.
“Masa masuk form1, abah takde duit nak beli baldi. abah bagi tong cat lama utk bawak pi asrama. kawan-kawan dorm masa tu gelak je tengok”.
Menurut Siti Hajar, ibunya memberikan bekal nasi goreng menggunakan bekas sabun pinggan axion kerana mereka sekeluarga hidup dalam kesusahan.
“ibu sye dlu letak nasi goreng dalam bekas axion. mmg orang susah. adik beradik ramai. nak beli tade duit. hari2 bawak bekal.”, kata Siti Hajar.
Semoga kesusahan seperti ini dapat membentuk anak itu menjadi seorang yang berguna dan berjaya di masa hadapan kelak.
Baca juga:CEO GISB dan isteri fail ‘habeas corpus’ minta dibebaskan segera, ini maksud ‘habeas corpus’