Nasib wanita dibelasah suami sampai koma ketika sarat mengandung terbela, bekas suami dihukum penjara

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Seorang peniaga, Rosmaini Abd Raof, 41, dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru

selepas didapati bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya.

Hakim Fatimah Zahari menjatuhkan hukuman itu selepas perbicaraan yang berlangsung selama tiga tahun,

*Ia melibatkan 11 saksi yang dipanggil sepanjang pendakwaan.

Kejadian pada Mei 2021

Nasib wanita dibelasah suami sampai koma ketika sarat mengandung terbela, bekas suami dihukum penjara

Menurut laporan Harian Metro, pada Mei 2021, Rosmaini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan bekas isterinya.

Dia didakwa memukul mangsa di bahagian kepala, muka, dan tangan, selain menghentakkan kaki ke belakang badan mangsa sehingga mengalami kecederaan parah.

Insiden itu berlaku di sebuah pangsapuri di Kampung Aman, Larkin, sekitar jam 6 pagi pada 4 Mei 2021.

Pertuduhan dan Hukuman

Rosmaini dituduh mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, dan dibaca bersama Seksyen 326A, yang memungkinkan hukuman penjara maksimum dua kali ganda daripada tempoh asal.

Hakim memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah selepas meneliti keterangan saksi, dokumen, serta hujah pendakwaan dan pembelaan. Hukuman penjara 10 tahun bermula dari tarikh sabitan dijatuhkan semalam.

Rayuan Pembelaan

Peguam Rosmaini memohon hukuman diringankan atas alasan tertuduh menghidap penyakit jantung dan merupakan penanggung utama keluarga, menyara dua isteri serta tujuh anak berusia antara dua hingga 19 tahun.

Namun, hujah pembelaan tersebut tidak mengubah keputusan mahkamah.

BACA: 20 tahun menetap di Malaysia, netizen persoal bagaimana warga asing dibenar berniaga