Negatif Covid-19 di KLIA tetap kena kuarantin, netizen sekolahkan Menteri

Negatif Covid-19 di KLIA tetap kena kuarantin, netizen sekolahkan Menteri

KEPUTUSAN ujian Covid-19 yang diambil ke atas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali yang pulang dari Turki pada 7 Julai lalu dilaporkan negatif.

Menurut sumber, ujian itu diambil beliau sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan mengambil masa lima jam sebelum didapati negatif.

“Beliau ke sana pada 3 Julai lalu selepas mendapat keizinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malah Turki ketika itu adalah sebuah negara dikategorikan sebagai zon hijau.

“Isu ini akan dijawab oleh pihak menteri sendiri dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Terdahulu ketika membahas Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020) menjadi sedikit kecoh apabila Teresa Kok (PH-Seputeh) yang mencelah perbahasan Dr Lee Boon Chye (PH-Gopeng) mendakwa ada seorang menteri ke luar negara dan tidak menjalani kuarantin 14 hari selepas pulang.

Menurutnya, menteri berkenaan mengadakan lawatan tidak rasmi ke Turki pada 3 hingga 7 Julai tetapi menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada 13 Julai lalu.

Netizen sekolahkan menteri tak jalani SOP setelah pulang dari luar negara walaupun negatif Covid-19

Netizen mempersoalkan di komen FB Harian Metro. Antaranya,

” Makcik gelang pink pun negatif juga masa sampai…sbb tulah di beri kuarantin kat rumah…tapi lepas 13 hari kena 2 nd test…masa tulah dapat tau makcik gelang pink tu positif…jgnlah bagi alasan budak2…penjilat bolehlah”, luah Daniel Akmal.

“Negatif @positif itu cerita lain..kuarantin SOP.
Jawapan jgn menampakkan kebodohan.sebelum ni yg dah kena denda juga negatif tapi alasan denda tidak ikut SOP.double standard”, kata Asrul Mahzar.

“Bayangkn hari ke 13 dia positif.
Menggelupur parlimen. So makcik gelang pink kena penjara, sivagangga kena takkan menteri denda rm1000 je?
Kurang-kurang rm100k lah”, komen Paeh Kobalt.

“yang kluster sivaganga pun negative jugak mulanya, tu yang kluar merata dengan gelang pink, last2 buat kluster baru, jangan sampai kluster encik somi q7 membiak pulak”, ujar Amen Ahmad

“Tak kena pakai gelang pink ke…. ingat tak makcik gelang pink masa ujian pertama negatif… ujian ke 2 dia positif… ini baru balik 10 hari dah merayap… gila punya Pak Menteri.”, katanya Srikandi cintaku.

Berita penuh :