Seorang warga emas buat konten masak-masak di aplikasi TikTok mulai menjadi perhatian
apabila ada pengguna X dikenali sebagai haziqaiman97_ memuat naik semula video berkenaan.
Dalam video dikongsi warga emas yang menggunakan nama kakcikyah4, dapat dilihat yang dia telah merakam video
sewaktu sedang memasak dan memberikan penerangan tentang bahan-bahan yang digunakan dalam masakannya.
Menerusi hantaran tersebut, warga emas yang menggelarkan dirinya Kak Cik telah mengajar cara membuat cucur yang mudah dan senang untuk ditiru para penonton.
Walaupun bahan-bahan membuat cucur itu tidak begitu jelas, namun hasil daripada masakan tersebut dilihat mengiurkan.
Susulan daripada itu, netizen berharap agar orang ramai dapat sama-sama menyokong konten-konten mak cik berkenaan kerana sangat menarik dan membuatkan kita teringat akan nenek sendiri.
Melihat akaun TikTok kakcikyah4 itu lagi, dia sepertinya kerap berkongsi konten memasak serta melakukan aktiviti harian bersama rakan-rakan.
Menjengah ke ruangan komen di X, ramai yang meninggalkan komen mengatakan perkongsian mak cik berkenaan sangat comel dan mengingatkan mereka kepada nenek masing-masing.
Mereka juga menyokong jika dia terus membuat konten masak-masak supaya dapat mengubati rasa rindu dengan individu tersayang yang mungkin sudah tiada.
Semoga mak cik terus diberi kesihatan dan rajin membuat konten untuk berkongsi ilmu kepada anak-anak muda.
BACA: Tular video pelajar junior Politeknik dipaksa minum minyak semasa minggu suai kenal