Seorang nenek sanggup mengenakan bayaran kepada anaknya sendiri untuk menjaga cucu-cucunya, lapor laman berita The Sun kelmarin.
Caroline Duddridge, 65, ibu kepada lima anak dan tujuh cucu, mula mengenakan bayaran untuk menjaga cucu-cucunya
selepas kematian suaminya, Brian, akibat kanser pankreas pada Disember 2015.
Caroline juga tidak lagi mengajar sejak Disember 2018.
Pekerjaan Caroline sebagai pengasuh bermula apabila anaknya, Amanda, 39, meminta beliau menjaga cucunya selama dua hari penuh dalam seminggu.
Caroline mengenakan bayaran sebanyak £15 (RM88.55) untuk setengah hari bagi setiap cucu, atau hingga £50 (RM295.20) untuk sehari penuh.
Menurut Caroline, dia memperoleh pendapatan sekitar £25,000 (RM147,603) selepas mengenakan bayaran untuk menjaga cucunya.
Dia menjaga tiga cucu dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang, empat hari seminggu.