Sudahlah rampas suami orang masa isteri tengah mengandung, boleh pula ajar tips untuk cari ‘restu’ isteri pertama.
Hal tersebut bagaimanapun menaikkan kemarahan netizen yang berang membaca pengakuan dibuat wanita tersebut.
Di bawah adalah ‘confession’ yang dimuat naik di X menerusi akaun @twtsecretsmy.
“Masa pertama kali kenal suami, dia dah ada isteri, anak seorang dan isterinya tengan mengandung. Kami satu pejabat dan suami dan isteri pertama pjj.
Tapi kami terjatuh cinta dan nak kahwin namun tak diizinkan isteri pertama, dia siap datang jumpa dan sepak say.
Saya abaikan sebab nak restu, isteri pertama siap jumpa ibu bapa saya untuk nasihatkan saya tak mak bapa saya nasihatkan dia untuk bersabar.
Kami akhirnya kahwin dekat luar negara, bila balik Malaysia, saya dapat tahu saya mengandung.
“Satu malam tu dia hubungi saya, sebab tengah mengandung saya tak mahu lebih emosijadi suami nasihatkan untuk tamatkan panggilan kalau isterinya maki saya.”
Isteri pertama ajak berbaik
“Rupanya dia nak berbaik dengan saya, menangis saya sebab bertahun doa nak dapar restu dia.
Bila tanya kenapa dia nak berbaik, isterinya maklum dia selalu doa lembutkan hati terima isteri kedua.
Saya tak pernah burukkan dia atau melawan walaupun pernah kenal viral banyak kali. Jadi kami sekarang dah jadi kawan baik.
Saya bukan nak galakkan orang ramai jadi pemusnah rumah tangga tapi kalau nak sangat kahwin dengan teman lelaki tapi tak diizinkan suami, tunggulah restu isteri.”
Netizen bagaimanapun memandang serong pengakuan tersebut apabila itu dilihat bangga merampas suami orang ketika isterinya sedang mengandung.
“Penyondol zaman sekarang mmg tak tau malu eh. Kau tu perempuan murahan tau tak. Tak sedar diri. Buat bende bodoh pastu ‘encourage’ orang lain.
“Takut kena maki sebab tengah pregnant? You menggatal dengan laki dia time dia pregnant tak apa pula? Janganlah galakkan perempuan lain jadi penyondol macam tu.
“Gelilah dengar cerita penyondol menggalakkan penyondol yang lain. Tolong la pegi mam je,” antara komen netizen.