Netizen bengang ‘pilot darat’ lekat sticker lucah, saran JPJ bagi kompaun

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Kelakuan pemandu atau pilot darat yang melekatkan pelekat berisi perkataan-perkataan berunsur lucah mendapat kecaman daripada pengguna media sosial.

Dalam satu ciapan di aplikasi X, seorang pengguna menanyakan apakah pemandu yang melakukan tindakan tersebut

Mereka menyedari bahawa pelekat tersebut dapat dibaca oleh kanak-kanak.

Netizen bengang ‘pilot darat’ lekat sticker lucah, saran JPJ bagi kompaun

“Brother (abang) lori ini tak tahu ke apa yang dia tampal dekat belakang lori dia ni anak aku boleh baca?,” ciapnya.

Tinjauan di ruang komen menunjukkan bahawa kebanyakan pengguna juga menyuarakan ketidakpuasan mereka dan berkongsi pengalaman mereka setelah terlihat kenderaan yang memaparkan pelekat yang tidak senonoh.

“JPJ tak tahan ke bahan lucah diletakkan di kenderaan untuk tatapan umum?,” soal April.

“Benci pelekat begini. Anak aku pernah ya baca lepas tu tanya kenapa basah. Perosak generasi,” kata Elzee.

“Sepatutnya pemandu yang tampal pelekat begini dikenakan kompaun. Sangat memalukan,” tegas Izz.

“Pilot darat ini bukan boleh ditegur. Dengan pihak berkuasa pun mereka biadab, kalau kita cakap pasal pelekat ini pun mesti dia tak rasa segan,” kata Winiiey.

Hingga kini, hantaran tersebut telah menerima lebih daripada 2,000 tanda suka dan lebih daripada 1,000 kali retweet.

Baca juga: “Aku hamil benih kawan baik suami ketika suami dalam penjara, aku ingat dia setahun duduk dalam, rupanya 5 bulan dah keluar”