Netizen dakwa Baby Shima jual agama pula selepas bertudung litup elok. Penyanyi dan pelakon sensasi, Baby Shima tampil bersuara selepas seorang netizen dikatakan telah menggelarnya ‘jual agama’ selepas mengenakan hijab di sebuah majlis di Kuantan, Pahang.
Persoal Baby Shima ‘Jual Agama’ Setelah Berhijab Di Sebuah Majlis?
Baby Shima menerusi hantaran di Instagram, dilihat memuatnaik tangkap layar komen seorang netizen yang mempersoalkan pemakaiannya yang sopan itu.
“Shima jual agama ke? Ikut kesesuaian majlis. Kalau majlis agama, haruslah eh pakai tudung, (tak wajib?). Kalau majlis joget-joget dangdut, wajib pakai seksi lah eh? (etika syarie).”-komen seorang netizen
“Haritu Bising Sebab Shima Seksi, Sekarang Bising Sebab Shima Pakai Sopan..”
Akui diri masih belum menutup aurat dengan sempurna, Baby Shima menjelaskan bahawa dia tampil berhijab pada acara berkenaan adalah untuk menghormati majlis agama serta meluahkan rasa sedih terhadap ramai pihak yang mempertikaikan pemakaiannya pada majlis yang diadakan pada hari peristiwa Israk Mikraj.
View this post on Instagram
“Kenapa banyak geng-geng P*S pertikaikan Shima bersopan? Haritu bising sebab Shima seksi, sekarang bising sebab Shima pakai sopan.Memang lah Shima ni belum bertutup aurat lagi. tapi Shima nak menghormati majlis agama.
View this post on Instagram
Memang lah Shima tau tak tutup aurat tu dosa. Tapi sampai hati pakcik P*S ni cakap Shima ikut kesesuaian majlis sebab jual agama.
Ramainya pertikaikan kenapa Shima tutup aurat pada majlis Israk Mikraj”-Tulis Baby Shima
BACA:
“Habis semua duit simpanan saya!” – Wanita dedah teknik scam terbaru oleh scammer