Netizen dakwa Influencer ni kuat berilusi – “ziarah kubur entah siapa-siapa”

Oleh GEMILANGDAILY

Netizen dakwa Influencer ni kuat berilusi – “ziarah kubur entah siapa-siapa”.GARA-GARA membuat perkongsian ketika menziarahi pusara ‘teman wanita’ yang sudah meninggal dunia, seorang pelayar Twitter menjadi sasaran warga maya.

Beberapa netizen mengesyaki individu berkenaan hanya mereka-reka cerita di sebalik kapsyen sedih yang mengiringi gambar pusara ‘teman wanitanya’.

Menurut mereka, taktik individu berkenaan yang juga seorang tweetfamous terbongkar selepas beberapa kali memuat naik perkongsian di kubur yang berbeza.

Netizen dakwa Influencer ni kuat berilusi - "ziarah kubur entah siapa-siapa"

Tindakan tersebut sekali gus menimbulkan kekeliruan dan mengundang tanda tanya di minda warga maya, khususnya followers individu berkenaan.

“Salam ****. Kenapa tweet dulu GF (girlfriend) meninggal bulan Syaaban, latest tweet meninggal bulan Syawal?

Seorang netizen membangkitkan persoalan mengenai perkongsian tweetfamous berkenaan.

Netizen dakwa Influencer ni kuat berilusi - "ziarah kubur entah siapa-siapa"

“Dulu nama lain, sekarang nama lain. Ada berapa GF selain nama Ain? Dulu meninggal 1426 Hijrah, latest 1425 Hijrah. Ke **** silap kubur?

“Bertanya untuk kawan. Kita tegur sebab sayang,” demikian ciapan seorang netizen di laman Twitter.

Selain itu, baru-baru ini juga seorang netizen turut membuat pendedahan mengenai perkara yang sama.

“Bukan lelaki je tak selamat. Kadang-kadang orang dah mati pun tak selamat uols. Tiba-tiba ada rando (orang asing) datang pegang-pegang batu nisan dia nangis-nangis ambil gambar dan post di media sosial.

“Konon-konon tu kubur ex-GF. Sekali rupanya kubur entah siapa-siapa. Tahun depan buat benda sama tapi dekat kubur lain pula,” tulis individu berkenaan.

Netizen dakwa Influencer ni kuat berilusi - "ziarah kubur entah siapa-siapa"

Dulu nama lain, sekarang nama lain. Ada berapa GF selain nama Ain? Dulu meninggal 1426 Hijrah, latest 1425 Hijrah.
NETIZEN
Pendedahan-pendedahan berkenaan sekali gus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warga maya malah ada yang seakan-akan tidak percaya individu berkenaan sengaja mereka cerita dan mewujudkan watak ‘teman wanita ilusi’.

“Apa yang dia cuba buktikan?

“Mantap lawat multiple kubur ex-kekasih.

“Nak kejar clout tu,” demikian antara komen netizen.

komen kubur

Antara komen netizen yang turut mencugai perkongsian tweetfamous berkenaan.

Namun ada yang berpendapat, tidak mustahil jika seseorang sanggup melakukan apa saja demi meraih perhatian serta simpati daripada orang lain.

“Zaman yang aneh. Seperti ketagihan dadah, mendapatkan pengiktirafan orang lain juga menjadi fokus kehidupan kita. Penagih kemasyhuran (fame addict) secara literal akan melakukan apa sahaja, malah tindakan yang merosakkan diri sendiri, untuk mendapatkan apa yang mereka percaya sebagai tingkah laku yang mengkagumkan orang lain,” tulis netizen berkenaan.

Menerusi carian pada laman Twitter, difahamkan individu berkenaan sudah pun memadam ciapan asalnya.

BACA:

Rezeki banjir..lelaki dapat Ikan Kelah merah bernilai ribuan ringgit

Sophia Albarakbah kantoi stalk IG Aliff Aziz, “angin lagi lah Bella macam ni” – netizen