Netizen dedah Dunkin’ Donuts promosi donut tema sokong Israel

Oleh NADIA HARON

Penderitaan rakyat Palestin terus berlanjut akibat tindakan yang kejam dari pemerintah Israel, dan hal ini masih terus berlangsung hingga saat ini.

Malaysia adalah salah satu negara yang paling gigih menyuarakan sokongan untuk mempertahankan Palestin.

Usaha untuk tidak membeli produk yang berkaitan dengan pemerintahan Zionis telah mendapat sokongan yang positif dari masyarakat Malaysia.

Netizen dedah Dunkin’ Donuts promosi donut tema sokong Israel

Terkini, satu kemas kini sedang menjadi perbualan hangat di platform media sosial.

Salah satu daripada jenama makanan terkenal di seluruh dunia, terutamanya dalam kategori donut, ialah Dunkin’ Donuts, menarik perhatian mereka yang menyokong Palestin.

Berdasarkan info yang diberikan, Dunkin’ Donuts telah mencipta beberapa donut istimewa dengan tema Israel.

Turut mendapat kritikan dari pengguna internet. Dalam ruang komen, ada yang menjelaskan bahawa tidak semua cawangan menjual atau mempromosikan donut tersebut.

Dikatakan bahawa donat-donat tersebut dijual di cawangan luar negara dan tidak dijual di Malaysia.

Ia hanya tersedia untuk sesetengah negara atau kawasan tertentu.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dari Dunkin’ Donuts Malaysia.

Baca:‘Jangan fitnah’, Chef Wan dedah punca sebab pecat dan potong gaji staf, rupa-rupanya..