Netizen kata Janna Nick ‘try hard’ nak tiru gaya Kak Lina mengacara

Netizen kata Janna Nick try hard nak tiru gaya Kak Lina mengacara

Netizen kata Janna Nick ‘try hard’ nak tiru gaya Kak Lina mengacara. Bersiaran di musim kedua malam tadi, rancangan ‘Famili Duo’ di TV3 menampilkan Janna Nick dan Sean Lee sebagai host gandingan. Baru pertama kali disatukan selaku pengacara, nampaknya mereka sendiri masih tercari-cari chemistry agar tugas itu dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa rasa janggal.

Ini baru episod pertama, kita baru nak dapat rentak show ini (0:56)

Malangnya bagi aktres berkenaan, dia sekali lagi menjadi sasaran kecaman netizen dan dianggap tidak sesuai menjadi pengacara. Malahan, ada juga netizen yang berharap stesen TV akan menukar host lain untuk tayangan minggu hadapan. Terima kritikan mengenai suara bingit dan biadab menyampuk komen juri, Janna bagaimanapun tenang memberikan penjelasan.

Kalau program ni 5 jam, saya biar je juri nak cakap…Saya terpaksa menyampuk (3:18)

Kata Janna ketika live berlangsung, mikrofonnya mengalami kerosakan dan ini membuatkan dia cenderung menguatkan lagi volume suaranya. Berkaitan tindakan memotong cakap juri pula, sebenarnya mereka selaku host mengejar masa siaran selari dengan arahan produksi di sebalik tabir. Bahkan malam tadi, segmen berkenaan rupanya sudah meleret-leret sampai 15 minit.

Netizen kata Janna Nick'try hard' nak tiru gaya Kak Lina mengacara

Penerbit nak saya bersuara untuk peserta kalau juri bagi kata-kata melampau (4:49)

Berkenaan dakwaan try hard mahu meniru gaya hosting Kak Lina Pom Pom, artis ini membuat penafian. Tegasnya, karakter yang ditunjukkan di pentas tersebut adalah permintaan penerbit sendiri termasuklah suruhan melawan juri. Walau apa pun, dia berharap dapat improve lebih baik di minggu seterusnya.

@tv3malaysia Awas eh Abang @byajai jangan kacau #SitiSisters ! 😉😝🤭 Tak baik cakap diorang macam Makcik-makcik ! @sitinursairahtarudin @sitinorsaidatarudin Korang boleh Strim LIVE HD di Tonton & saksikan juga di TV3! #FamiliDuoTV3 #tv3malaysia ♬ original sound – TV3Malaysia


BACA:

Kecoh artis terkenal Malaysia bertudung pakai bikini

Bapa dan anak kembara 23 negara guna Produa Kelisa

Tular gambar Anwar pakai stokin RM2 beli di kedai Eco

CATEGORIES