Baru-baru ini kecoh di Menara Condong, Teluk Intan yang meyaksikan sekumpulan warga China mengibarkan bendera negara mereka di kawasan tempat bersejarah itu
. Susulan itu orang ramai yang menyaksikan kejadian itu bertindak menularkan video di media sosial sehingga membawa isu kontroversi.
Kejadian serupa berlaku di Taj Majal di negara India apabila sekumpulan pelancong Malaysia
Mereka bertindak mengibarkan jalur gemilang di tempat pelancongan terkenal itu.
Perbuatan itu mengundang kontroversi sehingga menjadi perhatian netizen India kerana terlibat dalam pertikaian budaya.
Kejadian yang berlaku pada Februari lepas itu berlaku apabila sekumpulan enam pelancong Malaysia, diiringi pemandu pelancong India,
ditegur kerana mengibarkan bendera kebangsaan Jalur Gemilang, di hadapan monumen bersejarah, lapor hindustan times.
Perbuatan itu dianggap melanggar budaya Taj Mahal yang melarang sebarang aktiviti promosi dan komersial di dalam premis tersebut walaupun tidak melanggar mana-mana hukum.
Insiden itu menjadi tular di media sosia di India yang mendapat perhatian meluas selepas video yang merakam pelancong Malaysia sedang memegang Jalur Gemilang di laluan berhampiran laluan utama Taj Mahal.
Memetik laporan berita lagi, Penolong kanan pemuliharaan Kajian Arkeologi India, Putera Vajpayee, menegaskan bahawa aktiviti seperti itu dilarang sama sekali di tapak, tanpa mengira niat pelancong.
Apabila disoal siasat oleh pihak berkuasa, pelancong Malaysia itu mengaku tidak tahu mengenai larangan tersebut.
Sebagai usaha untuk mengurangkan heboh orang ramai, mereka turut mengeluarkan permohonan maaf di atas ketelanjuran tindakan mereka tersebut.
Susulan daripada permohonan maaf itu, mereka dibenarkan meninggalkan premis tanpa dikenakan sebarang denda
Pemandu pelancong warga India yang mengiringi pelancong Malaysia tersebut mendakwa bahawa beliau tidak pernah tahu bahawa peraturan seperti itu wujud.
baca