Netizen kecam Timb. Menteri Belia tunggang basikal dalam keadaan bahaya

Tindakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan mengayuh basikal tetapi dalam keadaan merbahaya dikecam hebat oleh orang ramai.
Melalui video itu kelihatan Wan Ahamd Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengayuh basikal di tengah-tengah jalan dalam keadaan yang membahayakan pengguna jalan raya yang lain, bukan sahaja beliau sendiri.
Beliau juga membuat tanda ‘bagus’ kepada jurukamera yang mengambil video beliau itu.
“Harap dia ni kena tindakan sebab menunggang secara merbahaya,” tulis pengguna Twitter yang menggunakan nama Penyelamat Dunia @ kep3n yang berkicau di Twitter pagi ini.
Selain menunggang di tengah-tengah jalan raya, Wan Fayhsal juga dilihat beraksi dengan melepaskan tangannya.
“Dia ni macam asal nampak benda yang bodoh je mesti dia nak buat. Mungkin ada anugerah manusia paling bodoh yang akan di announce yang kita tak tahu?” tulis netizen yang menggunakan nama TashaBakor Brownies ketika membalas kicauan Penyelamat Dunia.
Delete tweet td sbb tak patut kita doakan yg tak baik utk dia. Pape pun harap dia ni kena tindakan sbb menunggang secara merbahaya pic.twitter.com/yzpuX5BJ9M
— penyelamat dunia (@kep3n) April 29, 2021
Berita Penuh :https://malaysiadateline.com/timbalan-menteri-belia-tunggang-basikal-dalam-keadaan-bahaya-dikecam/