Netizen kembang tekak tak sanggup nak cuba gabungan burger ini

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Makanan di Malaysia selalunya mengikut trend. Jika sebelum ini makanan malaysia ditambah keju, kini lotus biscoff pula menjadi sasaran.

Namun gabungan kali ini mungkin sedikit pelik dan unik apabila sos tersebut dan biskut ditambah ke atas daging burger.

Ramai yang mengatakan ketidaksabaran mereka untuk mencuba gabungan sweet dan savoury ini.

Namun apabila dilihat jumlah sos yang diletakkan atas burger,

kemanisannya mungkin boleh menyebabkan gula dalam darah naik mendadak.

Netizen kembang tekak tak sanggup nak cuba gabungan burger ini

Antara komen netizen mengenai burger tersebut, ada yang buat perbandingan di antara burger tersebut dengan mentega kacang dan jem di atas roti.

“Ia boleh diterima jika ia adalah mentega kacang, rasanya pasti sedap seperti gabungan mentega kacang dan jem tapi kalau taburan biskut. Tidak, itu adalah gila.”

Tertanya kandungan kalori

Burger dan keju sahaja dah tinggi kalori tapi kalau ditambah pula dengan taburan biskut biscoff dan sosnya maka makin tinggilah kalori anda.

“Pendapat yang tidak popular – tetapi apabila saya melihat hidangan viral ini, saya tidak boleh berhenti memikirkan berapa banyak kalori dan gula di dalamnya.”

biscoff komen

Tetapi ada juga yang menyatakan ketidaksabaran mereka untuk mencuba burger tersebut.

“Tak tahu kenapa ada orang yang tak suka tapi untuk saya, saya tak sabar nak cuba kombinasi ini, masin dan manis.”

Mungkin tak semua benda boleh digabungkan untuk menjadi makanan yang unik, Tapi kalau tak unik pasti tak viral. Bagi yang mahu cuba, cubalah dan kongsi adakah burger tersebut kombinasi yang bagus atau kombinasi yang gagal.

Baca Juga: ‘Nyanyi live tak pakai mic, teruk pon orang tak marah’ Bell suruh Fattah nyanyi tak pakai mic