Tular di media sosial, video menunjukkan seorang lelaki yang memilih untuk mengenakan skirt dalam gaya outfit of the day (OOTD)
semasa keluar bersiar-siar dengan rakan-rakannya. Penampilan lelaki tersebut menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan ramai.
Keadaan menjadi lebih menggalakkan kebimbangan apabila trend ini mula tersebar di Malaysia
Dan beberapa lelaki mempromosikan gaya tersebut di platform seperti TikTok.
Mereka berpendapat bahawa hak untuk memilih pemakaian, termasuk memakai skirt, adalah hak kebebasan peribadi,
tanpa mengira konvensi tradisional pemakaian pakaian lelaki dan wanita.
Namun, reaksi dalam ruangan komen media sosial menunjukkan bahawa ramai netizen menentang fesyen ini dan memohon agar pemakaian skirt oleh lelaki tidak dinormalisasikan.
Jangan normalise kan lelaki pakai skirt. pic.twitter.com/65r1wTyzHi
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) July 10, 2024
Mereka menyatakan bahawa pakaian seperti skirt adalah sinonim dengan pakaian kaum wanita, dan melihat lelaki memakainya menimbulkan rasa tidak selesa serta ketidaksenangan.
BACA: Pilot Firefly mendarat guna teknik ‘menyenget’ ketika cuaca ribut raih pujian ramai