Netizen perasan muka Hael makin pelik, ‘dah macam pondan pun ada’

Netizen perasan muka Hael makin pelik, ‘dah macam pondan pun ada’. Sejak kebekalangan ini, penampilan dan wajah penyanyi berbakat besar, Hael Husaini sentiasa menjadi perhatian warganet.

Mana tidaknya, pemilik nama Hal Husaini Razmi kini tampil dengan fesyen dan gaya tidak ubah seperti selebriti di Korea Selatan, baik dari segi pemakaian, rambut dan wajah.

Ya Allah, ingatkan oppa manalah tadi

Terbaharu, Hael kembali menjadi bualan ramai apabila dia kulit wajahnya termasuk tangan dilihat sangat berlainan jika hendak dibandingkan dengan penampilannya suatu ketika dahulu.

Menerusi video dimuat naik oleh pengguna dikenali @ammxrhxlm, dilihat Hael yang memakai kemeja biru dan bercermin mata keluar dari sebuah pintu dan disapa oleh seseorang.

Netizen perasan muka Hael makin pelik, 'dah macam pondan pun ada'

Pengguna tersebut turut menyertakan kapsyen ringkas “Ya Allah, ingatkan oppa manalah tadi @Hael Husaini“.

Hael atau Halimah?

Bagaimanapun, rata-rata warganet meluahkan kekecewaan melihat perubahan ketara pada wajah penyanyi berusia 35 tahun itu kerana hampir menyerupai wanita.

Malah, ada yang mempersoal sama ada figura tersebut adalah Hael atau Halimah.

Kenapa nampak lain?

Tapi tetap nampak jawa

Banyaknya baiki, nampak lembut

Selain itu, ada juga netizen mengatakan terdapat banyak perubahan yang dilakukan oleh pelatun lagu Kelentang Kelentong tersebut sehingga menampakkan dia seperti ‘lelaki lembut’.

Macam Michael Jackson pun ada

Dalam masa sama, warganet juga mengatakan wajah terkini Hael Husaini seperti Raja Pop tersohor dunia iaitu Michael Jackson.

@haelhusaini ❤️ #CuckooAppreci8th ♬ original sound – Hael Husaini

BACA:

Aliff Syukri didakwa di mahkamah hari ini

Neelofa akhirnya tayang wajah Bilal, rakyat Malaysia dah boleh tidur lena

Orang ramai menangis tengok Zamani didukung turun dari pentas