Biasanya kita melihat haiwan ternakan dijaga di dalam kandang.Baru-baru ini, berita tersebar di platform X
Yang menunjukkan warga asing yang disyaki berasal dari bangsa Rohingya, sedang menjaga dan mengikat lembu di kawasan kaki lima.
Bagi penduduk Malaysia, perkara ini tentu mengejutkan dan aneh kerana selama bertahun-tahun, kita biasa melihat lembu dijaga dan diikat di kandang.
Namun pada kali ini, lembu dijaga dan diikat di kawasan kaki lima.
Kejadian ini agak membangkitkan kemarahan penduduk Malaysia kerana najis lembu itu menyebabkan kekotoran dan pencemaran di ibu kota.
Dari situ, kita dapat melihat bahawa bangsa Rohingya mempunyai cara hidup yang berbeza dengan penduduk Malaysia, yang boleh dikatakan kotor kerana cara mereka berinteraksi dengan alam sekitar.
“Teruk betul, mustahil penguatkuasa tak lalu di kawasan ni dan tak nampak lembu tu” – Netizen
Selepas video tersebut tersebar, kini ia telah mendapat sebanyak 958.8 ribu tontonan, 6.3 ribu “like”, dan 263 komen di platform X.
Melalui pemerhatian pada bahagian komen, pelbagai respons diberikan oleh pengguna internet terhadap video tersebut.
“Majlis bandaraya mana makan gaji buta ke”
“Yang sabotaj Malaysia, sebahagian penguatkuasa sendiri”
“Kalau takda rasuah kat msia ni xkn jupe bende mcnie”
Semoga penguatkuasa dapat menjalankan tugas dan membanteras jenayah sosial seperti ini.