Netizen petik Imran Bard sertai PLKN, sekali ini respon tuan badan buat netizen terkedu

Oleh NADIA HARON

Sejak semalam, heboh mengenai isu Program Latihan Khidmat Negara fasa baharu (PLKN 3.0) yang akan disasarkan kepada golongan belia

Antara 16 hingga 35 tahun kecuali pelajar yang berada di tingkatan lima.

Susulan itu, ramai netizen yang mencadangkan nama pempengaruh seperti Imran Bard, Azfar Heri untuk menyertai program latihan tersebut.

Netizen petik Imran Bard sertai PLKN, sekali ini respon tuan badan buat netizen terkedu

Imran Bard bidas netizen

Tidak berdiam diri, Imran atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin tampil membidas segelintir netizen yang dilihat tidak berhenti memuat naik hantaran memintanya untuk menyertai PLKN menerusi aplikasi X.

@imranbard Me and @azfarheri dalam plkn #imranbard #fyp #fypシ #rwyfb #azfarheri ♬ original sound – Imran Bard

Menurut Imran, dia sama sekali tidak kisah sekiranya namanya dipanggil untuk menyertai PLKN kerana pernah menjadi sebahagian daripada Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) yang memenangi acara kawad kaki bersenjata satu ketika dahulu.

Eh! terpalinglah yang suruh aku kawad tengah panas nak bagi aku keras. Aku ni juara kawad bersenjata ye!!

Pempengaruh berusia 22 tahun itu juga tidak bersetuju dengan pendapat wargamaya yang mengatakan mereka akan berubah menjadi lebih ‘keras’ sekiranya menyertai program PLKN tersebut.

Setiap tahun pergi camping dan training lembut jugak takdenye keras.

Cuba kau jemur pun*i kau tengah panas tengok dia keras ke dia legam. Mestilah legam jadi tak ada kena mengena.

BACA: “Aku pelik suami tidur dekat kaki aku, takut nak tidur sebelah katanya, bila anak dah 5 baru aku faham kenapa”