Netizen risau keadaan baby dalam kandungan Elfira Loy, ini sebabnya..

Netizen risau keadaan baby dalam kandungan Elfira Loy, ini sebabnya..

Netizen risau keadaan baby dalam kandungan Elfira Loy, ini sebabnya..

Aksi Elfira yang membuatkan ramai netizen bimbang

pelakon Elfira Loy melompat di kolam renang dalam keadaan sarat mengandung dengan berkasut tumit tinggi menerima pelbagai reaksi di media sosial.

[bg_collapse view=”button-green” color=”#4a4949″ expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

Rata-rata netizen meluahkan rasa ngeri dengan tindakan pelakon itu yang dianggap terlalu bahaya bagi wanita yang sedang hamil.

Malah ada juga yang memuji sikap berani Elfira yang sanggup melakukan perkara bahaya itu demi mendapatkan rakaman video yang menarik.

“Part lari tu sanggup eh awak! Rayyan dah selamat mandi dalam pool ke tu?

Elfira bersama suami dan anaknya

“Dia lompat kita yang risau. Seriau tengok takut tergelincir”

“Ya Allah Ell, lajunya lari dan lompat tu bahaya la”

“Pakai heel, berlari dan melompat. OMG takutnya tengok” ujar beberapa netizen dan rakan artis.

Dalam pada itu, Elfira yang kini sedang bercuti memberitahu dia sudah lama ingin bercuti di lokasi tersebut.

Namun, dia mengingatkan agar aksi melompat itu tidak jadi ikutan ibu hamil yang lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @elfiraloy

“Satu matlamat saya untuk ke sini tapi nak buat macam mana trip ini termengandung pula.

“Nak datang balik mungkin setahun lagi.

“So mummy kena beranikan diri. But dont try this here okey mummies” tulisnya.

tak berkira dengan keluarga, percaya rezeki yang ada untuk dikongsi bersama.

Kebahagian keluarga sememangnya menjadi keutamaan pelakon Elfira Loy dan menganggap rezeki yang dimiliki adalah untuk dikongsi bersama.

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, berkata, dia sanggup memberikan semua duitnya jika terdapat ahli keluarga yang berada dalam kesusahan.

“Kebahagian keluarga adalah my top priority. El seorang yang jenis, kalau El ada RM100, El bagi 100 semua kat mereka. El lagi sanggup tak ada duit daripada tengok orang lain tak ada duit

“Sebab El sangat percaya pada rezeki Allah dan tak berkira sesama manusia. Sampai sekarang, saya masih percaya yang apa sahaja yang saya ada sekarang ini bukan milik saya tapi milik semua orang.

“Bila-bila saja boleh hilang. Sebab tu whatever I do, El mesti fikir orang lain dulu,” kata Elfira.

Pelakon berusia 27 tahun itu berkongsi mengenai perkara itu menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.

Sebab tu whatever I do, El mesti fikir orang lain dulu,

Selain itu, pelakon yang pernah popular menerusi drama siri Kerna Syurga Bukan Percuma tersebut turut berkongsi video sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-27 pada 8 Mac lalu.

Elfira memberitahu dia memuat naik rakaman sambutan majlis hari lahirnya berdurasi hampir dua minit itu di laman sosial sebagai kenangan.

“Saja El nak kongsikan video pada majlis hari jadi El sebagai kenangan kat sini,” kata Elfira.

Sambutan hari lahir Elfira bersama seluruh ahli keluarganya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji sikap Elfira yang sentiasa mengutamakan keluarga dan tidak pernah berkira dengan orang tersayang.

“Betul tu El… lebih banyak kita beri, lebih banyak kita dapat. Bagusnyaa El, moga mencurah-curah rezeki El sekeluarga,” komen salah seorang netizen.

Untuk rekod, Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhamad Rayyan Khalaf yang kini berusia setahun.

Berita Lain:

Ayah gurau kasar dengan anak gadis, “benda ni jangan buat main..”

Pelajar perempuan SPM ini dalam tekanan, guru hantar whatsapp ‘pelik’ sebelum exam

Polis saman peserta AJL36 di atas pentas, ini rupanya yang berlaku..

[/bg_collapse]

CATEGORIES