Netizen tak kisah Shuib enggan masuk Sepahtu, dakwa lupa diri lepas kaya

Oleh GEMILANGDAILY

Netizen tak kisah Shuib enggan masuk Sepahtu, dakwa lupa diri lepas kaya. Sebelum ini, pelawak Shuib menjelaskan dia enggan menjelaskan lebih lanjut berkaitan isu penglibatannya di dalam program Sepahtu Reunion Live. Malah dia memberitahu tidak mahu melukakan hati mana-mana pihak sekiranya dia mengulas dengan lebih lagi berkaitan isu tersebut.

Menurut Shuib juga, pihak Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima iaitu Norzeha Mohd Salleh lebih mengetahui sebab sebenar dia keluar dari kumpulan tersebut. Difahamkan, pihak Astro pernah memujuk dan menawarkan untuk Shuib kembali semula ke dalam program tersebut sebelum ini.

“Sudah tentu pernah cuba pujuk dia. Namun kerana komitmen dan fokus utama Shuib kini adalah pada perniagaan, maka kami menghormati keputusan itu…”

Namun mereka menghormati keputusan Shuib yang kini mahu memberikan perhatian dan fokus kepada perniagaan yang dimilikinya. Malah pelawak Rahim juga memaklumkan tiada istilah mereka bermasam muka walaupun Shuib tidak lagi bersama-sama kumpulan Sepahtu.

Netizen tak kisah Shuib enggan masuk Sepahtu, dakwa lupa diri lepas kaya

Susulan isu yang menjadi bualan ramai ini, tinjauan di ruangan komen sebuah forum mendapati kebanyakan netizen menuduh Shuib sebagai seorang yang lupakan diri dan tidak ingat asal usulnya. Malah ramai yang meluahkan rasa ‘ralat’ apabila Shuib kini tidak lagi kembali bersama Sepahtu yang telah menaikkan namanya dalam industri.

“Acah hot, sekarang pandai demand lakk, fikirlah zaman kerja kilang dulu dengan kehidupan sekarang…”

sepahtu

Dalam masa yang sama, netizen turut memberitahu tidak berasa kisah apabila Shuib enggan lagi menyertai Sepahtu memandangkan program itu juga semakin mendapat sambutan cukup baik walaupun tanpa penglibatannya.

BACA:

Jep dalam fasa serius cari yang nombor 2 ni, ini buktinya

6 pemimpin muda berpengaruh di Malaysia yang perlu diberi perhatian

Ayat padu abang grab buat wanita ini tersentak, “kau hanya tempat persinggahan!”