Lepas suara doraemon, poster salah ejaan jadi tumpuan

Lepas suara doraemon, poster salah ejaan jadi tumpuan

E-poster tips luangkan masa bersama keluarga semasa PKP yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terus menjadi bahan jenaka.

Baru sehari menterinya meminta isteri kurangkan berleter dan mengeluarkan gaya suara doraemon, kali ini e-poster ditegur netizen. Gaya bahasa yang digunakan cukup memalukan. Apatah lagi e-poster dikeluarkan dengan menggunakan jata negara.

Adakah ini imej kakitangan awam?