Netizen terkejut Ifa Raziah habiskan RM100K beli emas, “betul dia cakap sebelum ni”

Netizen terkejut Ifa Raziah habiskan RM100K beli emas, “betul dia cakap sebelum ni”. Nama penyanyi dangdut sensasi, Ifa Raziah rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Sebelum ini, dia sering menjadi bualan netizen gara-gara nyanyiannya yang dikatakan sumbang dan akhirnya tersingkir pada minggu keempat untuk program Terpaling Juara.

Terbaharu, penyanyi yang berusia 47 tahun itu telah berjaya menarik perhatian netizen apabila dia berbelanja lebih RM100,000 di sebuah kedai emas.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna emasrozita di laman TikToknya, kelihatan Ifa sedang membeli emas pelbagai jenis bentuk di kedai emas tersebut.

Banyaknya duit Ifa! Susulan itu, rata-rata netizen tergamam dengan jumlah wang yang dibelanjakan oleh Ifa sehinggakan mencecah sebanyak RM100,000 semata-mata untuk emas sahaja.

terdahulu, Saban minggu tidak lekang daripada kontroversi, akhirnya artis versatil, Ifa Raziah akur menjadi peserta pertama tersingkir daripada program realiti terbitan TV3, Terpaling Juara, Ahad lalu.

Netizen terkejut Ifa Raziah habiskan RM100K beli emas, "betul dia cakap sebelum ni"

Andai sebelum ini ada sahaja ketidakpuasan disuarakan penyanyi lagu Panas ini, namun kali ini respons Ifa berbeza apabila dia mengakui berlapang dada dengan keputusan juri program terbabit.

Ifa mendakwa, sejak awal lagi dia dapat menjangka dirinya bakal menjadi ‘mangsa’ pertama tersingkir daripada program realiti itu yang menampilkan bintang ‘otai’ dan bakat baharu bertarung merebut gelaran juara. Namun, penyanyi berusia 46 tahun itu akur dengan rezeki yang tertulis setakat itu sahaja.

Lagipun, kata Ifa atau nama sebenar, Saripah Raziah Mustapha, tiada apa yang perlu dikesalkan dan apa yang penting, dia meninggalkan program terbabit secara bermaruah.

“Saya sudah melakukan yang terbaik Perjalanan saya sudah tertulis sampai minggu keempat sahaja.

BACA:

‘Najib boleh tinggal berbulan-bulan di Rehabilitasi Cheras’

Video air mata Mat Saleh menitis tengok Mat Kilau jadi tular

Durian Kampung ni harga RM500, rupanya sebab ini