Netizen teruja dengar suara Suhaimi Saad dengan Inteam, “takpalah bumi rata pun, janji suara sedap”

Netizen teruja dengar suara Suhaimi Saad dengan Inteam takpalah bumi rata pun janji suara sedap

Netizen teruja dengar suara Suhaimi Saad dengan Inteam, “takpalah bumi rata pun, janji suara sedap”. Inteam serta Suhaimi terlah bergabung untuk menyanyikan lagu hits kumpulan tersebut, Impian Kasih.

“Impian Kasih live di majlis perkahwinan pengurus kami. Biasa kami nyanyi berempat, kali ini berlima,” tulis pengendali akaun tersebut.

Gabungan tersebut nyata membuatkan peminat mengenang kembali nostalgia sewaktu zaman kegemilangan Inteam yang popular sejak tahun 2000.

Netizen teruja dengar suara Suhaimi Saad dengan Inteam takpalah bumi rata pun janji suara sedap

Dalam pada itu, mereka turut memuji kemerduan vokal Suhaimi yang dikatakan tidak berubah sehingga hari ini.

Video:

@inteam_officialImpian kasih LIVE di majlis perkahwinan pengurus kami. Biasa kami nyanyi berempat, kali ni berlima😍😍😍. Cuba teka kami berduet dgn siapa😍😍♬ original sound – Inteam_Official

Meninjau di ruagan komen, rata-rata peminat menzahirkan rasa teruja sehingga ada yang mencadangkan supaya Suhaimi kembali menganggotai kumpulan Inteam.

Sekadar informasi, Suhaimi merupakan anggota asal Inteam namun, memutuskan untuk keluar daripada kumpulan tersebut pada tahun 2005 bagi menuruskan kerjayanya sebagai penyanyi solo.

Bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, nama Suhaimi kerap menjadi perhatian warga net gara-gara sering memberikan kenyataan kontroversi seperti menyatakan bumi berbentuk landai dan bukannya bulat.

Malah, dia juga turut memberhentikan persekolahan anak-anaknya dan mengajar mereka sendiri di rumah kerana tidak percaya dengan sistem pembelajaran di negara ini.

BACA JUGA :

Pesawah hidup serba mewah rupanya pengedar dadah

Duda kena cekup bersekedudukan dengan isteri orang, ‘dah 7 bulan’

Anwar dedah sebab pilih Indonesia negara pertama dilawati sejak jadi PM

CATEGORIES