NGO Gerak kembali digerakkan Ezam

NGO Gerak kembali digerakkan Ezam

Gelora dan ketidaktentuan politik negara muasir ini yang dirosakkan oleh manusia yang tidak pernah puas untuk berkuasa dan terus tegar khianat memaksa golongan awal reformis yang bergabung dalam Gerak bangkit mempertahankan kesucian perjuangan Reformasi yang didambakan rakyat itu.

Sekejap tadi sdr Ezam Muhammad Noor merupakan pelopor dan aktivis Gerak telah melancarkan kembali perjuangan Gerak (Gerak98) peringkat negeri Selangor bertempat di Kemensah dalam Dun Bukit Antarabangsa.

Pelancaran dan penggerakan semula Gerak ini dilihat sebagai keprihatinan golongan reformasi tulen yang berjuang untuk melakukan reform ke atas sistem dan pentadbiran negara yang dibobrokan kerajaan UBN dahulu.

Gerak merupakan NGO yang mengilhamkan penggabungan pembangkang dalam perjuangan reformasi setelah tertubuhnya Parti Keadilan Nasional (Keadilan) telah menjadi bingkai penggabung parti-parti pembangkang, Pas, PRM dan DAP untuk menentang kerajaan UBN. Ia dibangkitkan semula dan dilancar apabila perjuangan Reformasi yang sudah berjaya mengambil kerajaan dalam Piraum 14, tetapi hancur dalam masa 22 bulan apabila ia dijahanamkan oleh musuh yang menyamar menjadi rakan.

Kezahiran semula Ezam bersama Gerak ini menjelaskan bahawa Gerak masih prihatin dan bertanggungjawab kepada perjuangan reformasi. Gerak ditubuhkan 1998 apabila kerajaan UBN dibawah pimpinan Mahathir Mohamad menangkap dan memenjarakan Anwar Ibrahim.

Selain Ezam pemimpin Gerak adalah Allahyarham Fadzil Mohd Noor yang ketika itu sebagai presiden Pas, Syed Husin Ali presiden Parti Rakyat Malaysia, Lim Kit Siang daripada DAP dan beberapa NGO lain.

Seperti diakui Ezam semasa peluncuran tadi semangat dan komitmen yang digalas Gerak akan dijadikan semangat untuk mempertahankan perjuangan Reformasi dan mendukung Anwar untuk diangkat menjadi perdana menteri.

“Kita mempertahankan perjuangan reformasi dan mendukung Anwar untuk jadi PM,” kata Ezam di majlis yang mendapat sambutan walaupun negara masih lagi dalam PKPP. Trims.

Sumber :