Aku sudah berkahwin dan dikurniakan anak-anak yang comel. Tahun lalu, suamiku (F bukan nama sebenar) kedapatan mempunyai skndal atau perempuan simpanan
(EE bukan nama sebenar) di kala anak bongsuku belum mencecah umur setahun.
Salahku kerana terlalu mempercayai F. Aku bangga kerana aku bukanlah seorang isteri yang kuat cemburu.
Aku juga tidak pernah memeriksa telefon F. Aku tidak tahu kata laluan telefon pintarnya itu. Aku berikan kebebasan kepadanya. Sehinggakan aku mendapat bukti F ada kek4sih hati lain, baru aku sedar bahawa caraku salah.
Aku masih ingat mesej EE ketika F ingin memutuskan hubungan selepas ketahuan olehku, “Kerana perempuan itu, awak sanggup buat begini dengan perempuan yang selalu awak sentuh”
Aku membalas mesej tersebut. Tidak dengan m4ki hamun jauh sekali menghinanya walaupun hatiku skit mengetahui F pernah tidur dengannya.
Aku memintanya menjauhkan diri dari suamiku. Tetapi di sini ingin aku jelaskan ayat ‘kerana perempuan itu’. Ayat itu sering bermain di fikiranku.
Perempuan yang kamu katakan itu adalah isterinya yang sah. Isteri yang melahirkan anak-anak F. Yang mengurus makan minum, pakaian dan segala-galanya tentang F. F hanya mengenalimu 4 bulan ya EE. Aku mengenali F bertahun-tahun lamanya lebih dari kamu.
‘Kerana perempuan itu’. Ya perempuan inilah yang sanggup lupakan segala cita-cita demi untuk menjaga keluarganya. Aku di kala ini hanya suri rumah sepenuh masa. F bekerja sebagai anggota beruniform. Aku sanggup melupakan cita-citaku kerana F tidak mahu aku bekerja.
Sedangkan aku berkelulusan ijazah sarjana muda dengan kepujian dari salah sebuah IPTA terbaik di negara ini. Aku juga merupakan salah seorang pelajar terbaik di sekolah dan di universiti.
Aku pernah mendapat beberapa anugerah akademik tetapi akhirnya aku memilih untuk berada di sisi suami dan anak-anakku.
Ibu bapaku redha walaupun mereka mahu aku menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya. Keluargaku memang tegas dalam hal pelajaran. Adik beradikku semua berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi dan semuanya bekerja di sektor kerajaan kecuali aku.
Selepas berkahwin, aku mendapat tawaran temuduga dan tawaran kerja di sektor awam dan swasta tetapi terpaksa ku tolak dengan baik kerana F berat hati untuk mengizinkanku pergi. Takut aku terpikat atau terpeng4ruh dengan orang lain katanya.
Namun begitu, aku bukanlah suri rumah yang berharap 100% dengan suami. Aku ada membuka perniagaan secara online. Dan gaji F, aku uruskan untuk pembayaran bil-bil rumah, kereta dan sebagainya.
Aku bukan jenis menunggu suami lakukan semuanya. Setiap kali gaji, aku akan mengambil separuh dari gajinya untuk bayaran bil dan sudah tentu atas keizinan darinya.
Aku tidak tahu pula baki gaji yang lain digunakan untuk berfoya-foya, menghantar dan mengambil EE pergi kerja. Dating bersama siang dan malam, bercuti bersama di tepi pantai, dan berasamaradana di rumah wanita itu.
Sedangkan nafkah isteri culas diberi. Bercuti bersama memang tidak pernah. Sewaktu off day, F selalu hiilang. Rupanya dating bersama EE. Hanya aku dan anak-anak di rumah.
Dan untuk makluman kamu EE, perempuan ini jugalah yang berada dengan F dari F tidak punya apa-apa. Aku berasal dari keluarga yang sederhana tetapi aku tidak pernah merasakan hidup terlalu susah. Ibu bapaku mampu menyara aku dan memberi segala keperluanku.
Berbeza dengan F yang perlu berdikari menyara kehidupannya. Semasa aku baru rapat dengan F, kami berjumpa dengan menaiki bas. Aku tidak peduli walaupun aku mempunyai pilihan yang lebih baik.
Aku masih tetap bersamanya sehingga F mampu membeli motor. Dalam keadaan serba kekurangan, kami berkahwin. Kerana F tidak mahu aku berhijrah ke luar negeri untuk bekerja. Dan selepas berkahwin, rezeki perkahwinan datang.
F mendapat tawaran kerja dalam sektor awam sebagai anggota beruniform. Tetapi tidak mudah mendapat jawatan itu. Sebelum itu, sudah beratus-ratus permohonan ku hantar bagi pihak F dari waktu kami masih bergelar pas4ngan kek4sih sehinggalah kami sudah berkahwin.
Aku sediakan semuanya dari A-Z. Aku yang isi borang, aku yang sediakan salinan sijil dan kami pergi meminta pengesahan di jabatan kerajaan berkaitan bersama-sama.
Aku yang masuk berjumpa dengan pegawai berkaitan. Jika dipanggil temuduga, aku mempersiapkan pakaian F dan aku juga menyediakan set soalan dan jawapan untuk kemudahan semasa temuduga lisan.
Aku hanya ingin melihat F berjaya kerana aku ikhlas ingin bersamanya. Dan akhirnya usahaku membuahkan hasil. Aku sangat gembira walaupun aku mendapat tahu F akan bekerja di negeri lain selepas tamat latihan. Aku tidak ikut kerana keadaan F belum stabil.
Aku menguruskan anak kami secara bersendirian selama setahun. Pergi klinik, beli pampers dan keperluan anak dengan menaiki bas sambil menggendong anak. Keluargaku mempunyai kereta tetapi aku tidak mahu menyusahkan mereka.
Ketika itu F mula berubah. Aku mendapat tahu F memasang skandal dan sering keluar malam dek kerana bosan berseorangan dan terpeng4ruh rakan-rakan sekerjanya. Tidak lama selepas itu, aku mengikuti F berpindah. Aku tahu banyak cerita tentang kecvrangan F tetapi mereka belum sampai ke tahap serius.
Aku bertanya dengannya tetapi dia menafikan. Aku tidak cukup bukti maka aku pendamkan saja. Aku seorang yang lemah lembut. Aku tidak mahu memulakan pergduhan.
Tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. F sering keluar waktu malam. Dan balik keesokan paginya untuk menghantar anak dan pergi kerja. F bagi alasan temankan bos. Itu semua arahan bos. Aku tahu bos F memang selalu keluar meronda waktu malam dengan pasukannya.
Tetapi aku tertipu kerana F pandai berpura-pura. F masih melayan aku dan anak-anak seperti biasa. F masih menghantar anak dan mengambilnya dari sekolah. F masih bertanggungjawab membeli barang dapur walaupun nafkah duitku tidak diberi. Jadi pada mulanya agak sukar untuk aku menghidu kecuurangannya.
Aku tertipu berbulan-bulan kerana perangai hipokritnya. Di depan aku, pijak semut pun tidak mati. Rupa-rupanya, F tidak bekerja bersama bos setiap malam.cuma waktu tertentu sahaja. Selebihnya masa dihabiskan untuk mengambil dan menghantar EE pergi ke tempat kerja.
EE kerja di open bar. F menunggu EE siap kerja dan menghantarnya balik rumah pada pkul 3 pagi. Kemudian balik ke rumah pada pkul 7 pagi.
Hampir setiap malam aku ditinggalkan. Aku menjaga anak-anakku sendiri. Ada satu ketika anak-anakku skit. Skit berlarutan berminggu lamanya. On off.
Aku meminta F membeli ubat. Pada pkul 4 pagi F hanya menghantar ubat dan kemudian berlalu pergi. Aku ingatkan ada hal kecemasan tentang kerja. Rupa-rupanya F bersama EE dan menghabiskan masa di rumah EE. Aku tahu tentang itu selepas semuanya terbongkar.
Pada awalnya aku tidak perasan tentang kecuurangan F. Mahu periksa telefon pintarnya, aku tidak tahu password. Tetapi naluri seorang isteri terlalu kuat. Aku tahu aku kena dapatkan bukti kukuh kerana F pandai memutarbelitkan kenyataan.
Tanpa bukti kukuh, senang saja dia nafikan. Firasatku menjadi lebih kuat selepas F tiba-tiba memohon untuk menjadi pemandu Grab dan Uber.
Bila dia menunjukkan bayaran yang diperolehinya, aku hairan kerana terdapat jangka masa 4-6jam dia tidak mendapat pelanggan langsung. Bermakna dia off aplikasi. Ke mana dia pergi? Dan ada satu masa, F balik rumah membawa beg plastik BodyGlove bersama baju berwarna merah.
Aku hairan kenapa F shopping berseorangan dan membeli baju yang sangat jauh dari citarasa beliau. Aku sangat kenal F. Aku tahu F tidak akan membeli baju corak begitu. Malah selepas membeli baju itu, F hanya biarkan sahaja dan tidak pernah memakainya. Aku curiga.
Aku meletakkan aplikasi merakam perbualan dan GPS tanpa dia sedar. Dan segala-galanya terbongkar. Aku mendengar sendiri perbualan mereka. Aku tahu tempat tinggal EE. Aku tahu tempat kerjanya. Aku tahu dia seorang ibu tunggal anak seorang.
Aku tahu dia lebih tua dari aku dan F. Daripada perbualan mereka, aku tahu EE memang sayangkan F. Dan ketika mereka bersama, aku datang ke tempat EE. Tetapi mereka telah keluar. Aku telefon F tetapi tidak dapat. Aku telefon berkali-kali baru F angkat.
Ketika dia ingin menipuku bahawa dia sedang on Grab, aku menyatakan aku sudah tahu semuanya. F tergamam. Aku bawa berjumpa di tempat EE kerana aku sudah berada di sana. Tiba-tiba talian dimatikan. 3 minit kemudian F menelefonku kembali menyatakan semua alasannya.
Katanya EE hanya kawan. Salahkah kawan minta tolong hantar katanya. Kalau tidak percaya, boleh berjumpa dengan EE untuk kepastian. Aku tersenyum mendengar penipuan demi penipuan.
Selepas telefon dimatikan, aku sambung mendengar perbualan mereka. Mereka buntu memikirkan cara untuk menipuku. Mereka bingung bagaimana aku dapat tahu tentang semua itu. Sehinggakan adikku dituduh menjadi punca.
EE marah dan membawa F bersemuka dengan adikku tetapi F tidak mahu. Selepas itu F menghantar EE dan anaknya balik ke apartment mereka. EE risau dan takut jika aku menyerang di rumah atau tempat kerjanya. F meyakinkannya bahawa benda itu tidak akan terjadi. Ya aku bukan jenis wanita sebegitu. F kenal siapa aku. Aku masih tahu menjaga maruah diri dan F.
Aku tidak mahu anak-anakku hiilang hormat kepada F satu ketika nanti jika perkara ini menjadi heboh. Dan selepas itu, F pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, F menelefon aku untuk memberi 1001 alasan. Kami kawan saja katanya. Dalam keadaan kurang waras selepas mendengar semua perbualan mereka, aku mem4ki hamun F.
Segala kata yang kurang elok aku suarakan. F terkejut. Selama kami berkahwin, tidak pernah aku meninggikan suara dengan F. Apa lagi mencarut dan mem4ki hamun sekalipun tidak pernah aku sebut. Ketika itu aku keluarkan semua sehingga F naik drah.
F pulang ke rumah dan terus menghempas pintu. Sebelum F sempat bersuara, aku mainkan rakaman perbualan mereka. F terdiam. Barannya yang tinggi tadi hiilang. Aku teriak menangis bagaikan orang giiiilaaa.
F cuba menenangkan ku dan dalam keadaan aku meraung, aku bertanya kenapa buat aku macam ni? Selepas kewarasanku kembali, aku telefon ibu mentuaku. Aku katakan aku ingin bercrai.
Ibu mentuaku terkejut. Menangis. Teruk F dimarahi ibunya. Ibu F meminta nombor telefon EE dariku. Tapi aku tidak bagi kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan. Malam tu aku tidur lewat dalam keadaan berair mata. F kulihat tidur awal.
Walaupun aku kurang waras pada hari itu, aku simpan rahsia itu dan tidak menunjukkan walau sedikit kesedihanku di media sosial. Tidak terfikir langsung untuk viralkan atau buat status mencarut. Tiada siapa yang tahu kesedihanku.
Pagi itu, F cuba bersikap normal seperti biasa tetapi aku tidak mempedulikannya. Aku tegaskan bahawa aku ingin bercrai. F berfikir lama kemudian mengatakan kami boleh crai, tetapi anak-anak dia yang jaga. Aku kata aku tidak kisah. F bingung.
Aku tahu dia hanya mengujiku. Aku memang tidak dapat hidup tanpa anak-anakku. Aku katakan aku ingin keluar dari rumah. Tetapi dia menghalangku. Dompet, duit, IC, dan telefonku dirampas. Telefonku pecah dihempas ke lantai.
Aku cuba keluar melarikan diri tetapi dia mengejarku dan mendukungku balik semula ke bilik. Aku katakan pergilah ke tempat perempuan tu. Anak-anak suruh dia yang jaga. Aku lepas tangan. Perlahan-lahan F telefon ibunya meminta bantuan menjaga anak-anak buat sementara waktu bila aku berkeras mengatakan aku tidak mahu menjaga anak-anak lagi
Aku penat menjaga anak tetapi dia bersukaria bercengkerama dengan wanita lain. Biar dia rasakan bagaimana sukarnya menjaga anak-anak. Tetapi ibu mentuaku memarahi F dan katakan tidak mahu masuk campur urusan kami. Ibu mentuaku turut berkata daripada buat dia macam ni, baik bnuh saja ibu sendiri.
Beliau sudah tidak tahan dengan perangai anaknya seperti itu. Sebelum memutuskan talian, sekali lagi ibu mentuaku berkata jangan hantar anak kami kepadanya. Aku tahu ibu mentuaku sangat sayangkanku. Dia tidak mahu melihat kami berpisah. Aku semaakin ok hari tu. Tetapi hatiku masih skit.
F merayu dan menangis tidak mahu kami bercerrai. F mengatakan dia tidak serius dengan EE. Dia bukan mahukan EE pun. Aku bertanya apa sebab dia buat begitu kepadaku. Kalau aku sudah tidak diperluukan, kembalikan secara baik kepada orang tuaku.
F menangis lagi. Katanya aku tidak salah. Alasan dia mencari lain pula kerana aku tidak tidur bersamanya di atas katil. Walhal kami masih tidur sebilik.
Anakku yang belum cukup setahun masih menyusu badan sepenuhnya. Aku selalu tertidur di bawah temankan anakku yang selalu mengempeng tengah malam. Dan suamiku tidur sendirian di atas katil.
Aku tidak mahu anakku tidur di atas katil kerana telah berulang kali dia terjatuh ketika tidur sebelum ini. F pula tidak mahu tidur tanpa katil. Tidak disangka alasan itu digunakan untuk mencari teman tidur yang lain.
Mungkin aku terlalu bodoh kerana masih menerima F kembali. Kerana kecuurangannya, aku skit. Aku mendapat jangkitan kuman yang teruk. Pada mulanya aku bingung kenapa aku dapat skit begitu. Selepas semua kecvrangannya terbongkar, baru aku tahu.
Aku tanpa segan silu bertanyakan tentang jangkitan kuman itu kepada F. Dan rupa-rupanya, ketika mereka masih bersama, F ada beritahu EE bahawa aku mendapat jangkitan kuman dan begitu juga F.
F bertanya, EE ada masalah kesihatan atau tiada. EE katakan dia bersih dan tidak berpeny4kit. F yakin dengan jawapan EE kerana sebelum ini EE pernah bekerja di dalam bidang medikal.
Oh ya, sebelum itu, bila aku meminta F bercerita tentang EE, F nampak agak bangga sekali. EE orangnya sangat sksi dan selalu keluar minum di puub. Ramai orang-orang di pub kenal dengan EE.
Aku hairan apa yang dibanggakan sangat. Mungkinkah aku kolot kerana aku tidak minum alkohol dan tidak pandai keluar malam. Aku juga bukan seorang yang suka berpakaian sksi. EE bekerja sebagai manager di salah sebuah open bar yang terkenal di bandar ini.
Dulu EE bekerja di dalam bidang perubatan. Tetapi gaji rendah membuatkannya berhenti kerja kerana tidak mampu menampung kehidupan dengan anaknya. Aku mula mencari tahu tentang EE.
Ya dia pernah bekerja dalam bidang perubatan tetapi beliau hanya bekerja sebagai pembantu klinik. EE mempunyai kelulusan dalam bidang perniagaan di salah sebuah kolej. Aku tahu serba sedikit tentang EE dari kawannya juga.
Aku tahu tentang keluarga, adik beradik, kawan-kawannya, skit lymph0ma yang dihidapinya, allergik yang dia ada dan aku tahu EE kini sudah berkahwin bulan Jun tahun ini dengan seorang lelaki bujang bergelar pendidik di salah sebuah IPTS. Mereka sebaya.
Aku juga tahu dia selalu menyokong kebebasan wanita atau para isteri yang diberi layanan tidak wajar daripada suami. Dan dia turut mengutuk golongan perempuan penyondol laki orang di laman sosialnya. Ironinya dia pun salah seorang daripada penyondol tersebut juga.
Semasa F ingin memutuskan hubungan, EE sempat post status di whatsapp dengan caption sedih dan berlatarkan gambar pahanya yang sedang memakai seluar pendek.
Aku tahu motifnya ingin menggoda F. Tetapi aku biarkan. Aku tidak menghalang F berjumpa dan berbalas mesej dengan EE tetapi F tahu mana satu keutamaannya.
Aku tidak menghasut. Aku banyak diam waktu itu. Dan lagi, aku bukan sahaja mendapat jangkitan kuman tetapi aku juga mempunyai masalah jntung selepas timbulnya masalah ini. Dahsyat betul penangan sebuah kecuurangan.
Sebelum ini, aku merupakan salah seorang yang pernah berkata, jika suamiku cuurang sehingga tahap tidur dengan orang lain, aku akan tinggalkannya kerana aku jijik dengan perbuatan tersebut.
Tetapi bila benda tu berlaku, aku lemah. Aku masih sayang suamiku. Aku tidak mahu anak-anakku hiilang bapa mereka. Ini alasan paling lapuk tapi memang betul, jika kami bercrai, anak-anak akan kehiilangan bapanya.
Aku mungkin tidak sanggup melihat atau berhubung dengan F lagi selepas kami bercrai. Aku tahu aku boleh hidup tanpa F tapi memikirkan EE akan bahagia bersama F sementara anak-anakku menderita kehiilangan bapa, aku menjadi bingung.
Dan aku sayangkan keluarga mentuaku. Mereka sangat baik. Belum tentu aku boleh mendapat keluarga mentua sebaik mereka. Aku cuba untuk menerima F kembali selepas berfikir panjang.
Dan kini, setahun lebih sudah berlalu. F nampak semaakin berubah. Aku ada akses dengan telefon pintarnya. Bila-bila masa aku boleh periksa. F juga sangat jarang keluar rumah.
F sering membantu aku menjaga anak-anak dan membuat kerja rumah. F sudah mula memberiku nafkah tiap bulan. F betul-betul menunjukkan kasih sayangnya terhadap aku dan anak-anak.
F turut rajin membawa kami pergi bercuti. Aku berharap kisah seperti ini tidak berulang lagi. Biarlah ia menjadi pengalaman paling pahit dalam hidup kami. Aku tidak mungkin akan melupakannya.
Tapi aku juga harus teruskan kehidupan demi anak-anakku. Aku harap EE akan membaca coretanku ini. Selamat Pengantin Baru EE dan semoga kamu tidak mendapat pengalaman pahit seperti ini dalam perkahwinanmu yang baru ini.
Jika masalah sebegini datang kepadamu, ingatlah bahawa karma itu wujud. Ingat kembali apa yang telah kamu lakukan terhadap wanita lain. Jangan pernah lupakannya kerana aku juga tidak akan dapat melupakannya sampai bila-bila.
Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet
Nur Eika, cara tt buat peneyelesaian ttg suaminya aku salute sbb tt org yg penyabar dan rasional. ttp nk pesan gak dgn tt ni, jgn percaya 100% lg dgn suami mu itu, must learn from the mistake, be wise.
Seri Melati, Yang ini baru betol2 bijak, rasional, waras dan tegas. Tolong lah jgn jadi bodoh..percaya 100%. kecewanya . mcm jatuh dari langit.
BACA: Rupanya ini fungsi lubang yang ada pada meja pejabat ramai tak tahu