Nissan lancar mop cuci lantai dengan sendiri, semua teruja tengok

Nissan lancar mop cuci lantai dengan sendiri, semua teruja tengok. Beberapa hari lalu di Saitama Super Arena, Tokyo, sebuah acara bola keranjang NBA Japan Games telah diadakan yang memperlihatkan pasukan Golden State Warriors dan Washington Wizards bertembung dengan satu sama lain.
Tetapi satu adegan yang pastinya menarik minat ramai ialah pada waktu rehat apabila mop swapandu yang dibangunkan oleh Nissan dilihat membersihkan lantai gelanggang bola keranjang tersebut.
Apa yang unik disini ialah mop-mop istimewa ini mencucinya tanpa memerlukan sebarang bantuan manusia.
Apabila dilihat, mop tersebut kelihatan seperti mop biasa sahaja, lengkap dengan batangnya sekali, tetapi secara teknikalnya ia tidak diperlukan kerana mop-mop ini sudah tahu akan bentuk dan saiz gelanggang tersebut dan membersihkannya dengan sendiri tanpa masalah.
Nissan, syarikat automotif Jepun dilihat sebagai salah satu daripada sejumlah syarikat yang giat membangunkan teknologi swapandu untuk pelbagai jenis kenderaan, dan kini robot pembersihan yang tidak memerlukan input pengguna.
日産の開発した自動運転モップ。
2022年10月1日さいたまスーパーアリーナで開催された「NBA JAPAN GAMES」にてお披露目された自動でコートを掃除してくれるモップたち。
ディズニーみたいでちょっと可愛い。pic.twitter.com/ysfdMS7NNp— いっちー@バーチャル精神科医 (@ichiipsy) October 4, 2022
BACA:
Siapa pemilik rumah yang dikaburkan Google Maps ni?
Zahid sahkan akan ada pengumuman penting hari ini
‘Nasi Lemak dari Neraka’, harga mahal tapi dapat dua ikan bilis, tiga kacang