Noh Hujan selamba ludah pada penonton masa konsert, “ni kalau ada Covid..”

Noh Hujan selamba ludah pada penonton masa konsert, “ni kalau ada Covid..”. Vokalis kumpulan hujan, Noh Salleh sebelum ini menjadi bualan hangat selepas tampil memegang rokok ketika memperagakan pakaian di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022).

Ramai yang mengkritik penyanyi itu kerana dikatakan memberi contoh yang tidak baik kepada umum.

Terbaru, Noh sekali lagi dikecam selepas tular video memaparkan aksinya meludah ketika berada di atas pentas. Kejadian itu dipercayai berlaku ketika beliau mempersembahkan lagu di satu acara festival muzik.

Dalam video yang dimuat naik seorang pengguna Twitter itu, kelihatan Noh meludah ke arah peminat yang berada di bawah. Malah kapsyen video itu turut ditulis “Nasib la siapa kena ludah tu”.

Noh Hujan selamba ludah pada penonton masa konsert, "ni kalau ada Covid.."

Di ruangan komen, netizen rata-ratanya meluahkan rasa kecewa dengan sikap penyanyi tersebut. Tak kurang juga yang menggelarnya biadap dan pengotor.

Aduhai, apa kes pula ini kan? Kita tunggu penjelasan lanjut daripada Noh Hujan sendiri berkenaan isu ini.

BACA:

Gadis melayu ni dedah dah 11 hari jadi gelendangan, curi-curi tidur bawah tangga Mall

Peminat GV mula angin dengan Kak Lina kacau show orang, ‘kami akan nasihat’- Astro

‘Selamat tinggal Stadium Shah Alam’, bakal diroboh bila-bila masa sahaja