Offer RM500,000 setahun selama 15 tahun kepada Annuar Musa, pengarah syarikat ditahan SPRM

Oleh GEMILANGDAILY

Offer RM500,000 setahun selama 15 tahun kepada Annuar Musa, pengarah syarikat ditahan SPRM.

Mahkamah Sekyen hari ini membuat pendakwaan keatas Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh, Pengarah Hydroshoppe Sdn Bhd

Diatas pertuduhan menawarkan suapan rasuah sejumlah RM500,000 setahun bagi tempoh 15 tahun sebagai faeda Tan Sri Annuar Musa.

Offer RM500,000 setahun selama 15 tahun kepada Annuar Musa, pengarah syarikat ditahan SPRM

Ianya berhubung proses pengambilalihan konsesi mercu tanda Menara Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun Abdul Hamid Shaikh, 49 tahun mengaku tidak bersalah diatas pertuduhan yang dibacakan, menawarkan suapan berkenaan melalui Datuk Tan Ser Lay,60.

Ianya sebagai dorongan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika kerajaan lepas untuk mempercepatkan proses pengambilaihan pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara Kuala Lumpur oleh syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Putrajaya antara Julai dan Ogos 2022.

Pertuduhan mengikut Seksyen 16(6)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Hydroshoppe juga didakwa atas pertuduhan sebagai organisasi komersial melakukan kesalahan bersekutu dengan Abdul Hamid Shaikh, menawarkan suapan itu kepada Tan, seorang ahli perniagaan, bagi faedah Annuar dengan niat yang sama.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tempat dan tarikh yang sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 17A(1)(a) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 17A(2) akta sama yang membawa hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM1 juta, mengikut mana lebih tinggi, atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mahadi Abdul Jumaat menawarkan jaminan RM50,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport antarabangsa tertuduh diserahkan kepada mahkamah serta melaporkan diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur setiap dua bulan sekali bermula Mei ini.

“Jaminan dan syarat berkenaan telah dipersetujui kedua-dua pihak (pendakwaan). Kami mohon tarikh sebutan seterusnya pada 2 Jun ini untuk penyerahan dokumen dan permohonan untuk kedua-dua pertuduhan dibicarakan secara bersama pada tarikh akan datang,” katanya.

Peguam Shu Ivy yang mewakili Abdul Hamid Shaikh mengesahkan persetujuan jaminan dan syarat tambahan berkenaan.

“Pihak kami baharu sahaja mendapat kertas pertuduhan pada pagi ini, berikutan itu kami perlu mengkaji dahulu pertuduhan sebelum membuat keputusan untuk membantah atau tidak perbicaraan secara bersama,” katanya.

Kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussain dan Hakim Rozina Ayob.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan yang dimohon dan menetapkan 2 Jun depan untuk sebutan semula kes.

BACA:

Warna air laut Pantai Teluk Yu Langkawi tiba-tiba bertukar hijau? Ini respon penyelidik perikanan

Baru je selesai majlis akad nikah, pengantin perempuan buat hal tiba-tiba nak kahwin lain