Assalamualaikum, saya F25 sudah berkahwin baru 5 bulan.Saya bekerja dalam sektor GOV,
saya dapat tawaran kerja ni selepas 2 minggu saya bertunang dengan husband.
Tapi waktu saya terima offer tu dia tak setuju untuk saya bekerja.Tetapi saya tetap terima sebab mak ayah suruh terima offer kerja tu
Sampai suami saya time tu nak putuskan tunang katanya takut dapat kerja jauh dan terpaksa LDR.
Tapi alhamdulillah lepas terima saya dapat bekerja di dalam negeri sendiri.
Perkara ni berlanjutan sehingga sekarang, dia masih tak izinkan saya bekerja. Bila kerja kerajaan ni paham paham lah, banyak kerja luar yang saya kena hadirkan. Kadang berkursus di luar negeri.
Jadi selepas kahwin jadi masalah dekat saya yang itu. Saya tak pernah dapat keizinan untuk itu. Saya terpaksa tolak untuk pergi berkursus.
Benda ni macam menyusahkan saya balik. Sebab terpaksa tebalkan muka untuk nak cakap kat pegawai saya tak nak pergi.
Saya masih baru banyak kursus yang kena hadir. Mungkin pegawai letak nama saya supaya saya dapat ilmu tentang kursus tersebut. Tapi saya tak boleh pergi, terpaksa cari ganti kadang-kadang.
Kadang-kadang rasa macam ini ujian untuk saya, orang cakap kerja ni rezeki, tapi bukan untuk saya.
Pernah bergaduh sampai suami nak cerai. Sebab dia cakap saya pentingkan kerja. Tapi niat saya bekerja saya nak tolong mak ayah, suami dan adik adik yang masih bersekolah.
Kadang kadang saya buntu. Disebabkan ini, saya jadi tak seronok untuk ke tempat kerja. Saya rasa macam semua orang ada cakap cakap tentang saya.
Oh ya, suami tak pernah culas bab nafkah, boleh dikatakan semua dia yang bayar. Saya tak ada komitmen lain, cuma ada komitmen motor dan edu loans.
Tapi suami cakap kalau saya berhenti dia mampu untuk bayar yang tu dekat saya dan akan bagi duit bulanan kepada saya seperti mana yang dia tetapkan.
Kalau saya perlu resign macam mana saya nak hadap orang orang yang akan cakap tentang saya.
Bantu saya ;(
– Nurul (Bukan nama sebenar)
BACA: ‘Dah.. dah tone down..’ Zahid Hamidi tamatkan perang mulut Dr Akmal dan Teresa Kok