Orang kuat Najib positif Covid-19

Orang kuat Najib positif Covid-19

Seorang penyokong tegar Najib Razak dilaporkan positif Covid-19 selepas gagal mematuhi SOP di sepanjang kempen PRN Sabah.

Menurut laporan media tempatan, Razlan Rafii sedang menjalani kuarantin wajib bagi mendapatkan rawatan susulan di sebuah hospital tempatan.

“Setakat ini keadaan masih terkawal dan beliau telah dimasukkan ke hospital untuk dikuarantin dan mendapatkan rawatan,” katanya.

Katanya, semua kontak rapat Ahli Majlis Tertinggi UMNO tersebut juga telah diminta untuk melakukan ujian swab bagi mendapatkan keputusan dan mengelakkan penularan virus itu.

Semakan dalam Instagram dan Twitter mendapati Razlan telah melanggar SOP ketika berkempen untuk calon BN.

Razlan bersama Sani Miasin, calon BN Sindumin

19 September 2020

16 September 2020

12 September
Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegur, agar semua SOP dipatuhi.

“Sebab itu saya sentiasa pesan patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan,” katanya.

Sumber : https://inisabahbah.com/gagal-patuh-sop-di-sepanjang-kempen-kini-orang-kuat-najib-positif-covid-19/?lang=ms