“Orang Miskin Baru” : Kemelut yang dihadapi rakyat akibat PKP

“Orang Miskin Baru” : Kemelut yang dihadapi rakyat akibat PKP

Encik, saya pun malu nak cakap sebenarnya saya nak beli lampin anak pun tak ada duit.

Encik saya tak kisah sangat bab makanan sebab ada bantuan yang di hantar oleh pihak YB, pihak MPKK, pihak masjid tapi sebenarnya saya lansung tak ada duit, nak beli ubat gigi pun tak boleh.

Abang, saya bukan orang miskin, saya tak pernah minta bantuan sebab saya ada kerja, saya berniaga tapi sekarang sudah dua bulan saya tak boleh berniaga dan duit pun tak ada. Bolehkah saya minta bantuan makanan dari pejabat YB?

Terima kasih encik hantarkan bantuan kepada kami tapi boleh tak jangan ambil gambar saya, saya malu sebab saya bukan orang miskin tapi sekarang memang saya tak ada pendapatan lansung.

Ini adalah sebahagian dialoq yang saya dengar atau terima whatapps dari mereka yang sedang berhadapan dengan kemelut kesusahan akibat daripada PKP.

Tulisan ini tidak menyalahkan sesiapa kerana arahan PKP bukan suka-suka di lakukan oleh pihak kerajaan namun inilah hakikatnya yang sedang di lalui oleh mereka yang di kenali sebagai OMB atau “Orang Miskin Baru”

Mereka bukan tak bekerja, mereka bukan orang miskin, mereka punya pendapatan sendiri tetapi keadaan menyebabkan mereka hilang pendapatan dan mereka bukan dari kalangan orang yang meminta-minta sebelum ini lalu sangat aib bagi mereka untuk meluahkan perasaan kesusahan mereka.

Apalah yang boleh saya lakukan selain daripada memberi bantuan makanan yang ada di pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Mertajam dan sedikit wang belanja sekadar untuk tahan sehari dua dan itu pun adalah hasil sumbangan kawan-kawan sama ada melalui saya atau pun saya minta terus menyumbang kepada golongan berkenaan.

Saya perlukan RM200.00 untuk membantu seorang

Sumber: