Orang ramai kata muka Bilal dan Afwa sebijik sama

Orang ramai kata muka Bilal dan Afwa sebijik sama. Semalam, kecoh di media sosial mengenai wajah sebenar anak lelaki pasangan selebriti, Noor Neelofa dan Haris Ismail iaitu Muhammad Bilal apabila ia didedahkan oleh individu.

Difahamkan, gambar tersebut diambil oleh seorang individu sewaktu berada di sebuah hospital swasta dan memuat naik ke media sosial.

Comelnya, muka macam Afwa la

Tersebarnya wajah sebenar Bilal di media sosial, ramai memuji kecomelan anak kepada pasangan selebriti tersebut. Malah, terdapat juga warganet mengatakan wajah Bilal seiras dengan anak penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Muhammad Afwa Khalid.

Betul Lofa cakap gebu2 macam Afwa

Orang ramai kata muka Bilal dan Afwa sebijik sama

Sementara itu, imbas kembali komen ditinggalkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tokti pada sebuah hantaran gambar Bilal di laman Instagram seolah-olah memberi gambaran Bilal persis anaknya, Afwa.

Tidak kiralah comel macam siapa sekalipun, setiap bayi mempunyai kecomelan yang tersendiri. Semoga Muhammad Bilal membesar dengan baik, menjadi anak yang soleh, taat pada ibu bapa, keluarga dan berbakti kepada masyarakat.

Terdahulu, Neelofa telah menzahirkan rasa ralatnya terhadap tindakan individu tersebut kerana ia seperti tidak menghormati dirinya dan suami sebagai ibu bapa kepada Bilal.

Neelofa berkata, tugas menyebarkan gambar anaknya adalah tugas mereka suami isteri dan bukannya orang luar. Selain itu, bekas pengacara Meletop itu berharap agar orang ramai menghormati privasi keluarganya kerana dia dan suami mempunyai perancangan terbaik buat Bilal.

@farrich2022MasyaAllah Tabarakallah comelnya Bilal, anak Neelofa. Moga membesar dengan baik 🥰

♬ original sound – Rich

 

BACA:

Peguam sedang usaha supaya Najib boleh bertanding PRU-15

Tindakan pelajar non-muslim pasang yaasin halau hantu jadi kecoh

Ismail dedah punca sebenar Agong kecewa